Tabiat Tidur Lewat Selepas Jam 11 Malam Akan Buat Anda Cepat Tua


Walaupun purata waktu tidur manusia adalah berbeza bagi setiap individu, namun secara kasarnya manusia memerlukan tujuh jam waktu tidur agar dapat menjalankan aktiviti siang dengan baik.

Untuk kanak-kanak pula mereka mungkin memerlukan lebih waktu tidur berbanding orang dewasa.

Walaupun begiti banyak faktor masakini, antaranya kesibukan kerja atau jadual kerja yang tidak tetap serta komitmen terhadap perkara lain boleh membuatkan seseorang itu sibuk sehingga kurang menjaga waktu tidurnya samaada terlewat tidur atau kurang waktu tidurnya.

Namun awas! Seorang pakar kulit Geoff Wright, mendedahkan badan manusia mempunyai ‘kiraannya jamnya’ dimana kulit akan mula melembap secara semula jadi bermula dari pukul 8 malam hingga 11 malam pada setiap hari.

Manakala, waktu selepasnya iaitu dari jam 11 malam sehingga jam 3 pagi pula adalah waktu dimana sel kulit melalui proses penjanaan semula dan penutrisian badan.

Proses-proses ini hanya akan terjadi dengan baik ketika tubuh badan sedang berehat atau dalam erti kata lainnya, tidur. Jika tidak berbuat sedemikian, proses penukar gantian kulit yang terjadi adalah sangat sedikit dan tidak optimum.



Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kulit anda kelihatan tua dan kusam seterusnya mempercepatkan penuaan wajah.

Post a comment

0 Comments