Pesawat US menyamar jadi sebagai pesawat Malaysia, intip China?


Misi-misi rahsia, intip mengintip, ejen sulit dan sebagainya seringkali kita tonton di panggung wayang atau pun kaca televisyen. Jarang kita mendengar kisah benar yang berkaitan dengan mereka ini di suratkhabar kerana kecekapan pihak terbabit membolehkan segala yang dilakukan kekal rahsia buat selamanya.

Namun begitu, sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) didakwa menggunakan kod transponder untuk menyamar sebagai pesawat dari Malaysia secara eletronik sewaktu mengintip pangkalan tentera China.

Perkara itu dilaporkan oleh majalah sains dan teknologi AS, Popular Mechanics yang memetik kata-kata pakar dari China.




Pesawat pengintip RC-135W Rivet Joint terbang dari pulau Hainan pada hari Selasa, terbang pada jarak 90 kilometer (km) dari daratan China. Inisitif Penyelidikan Laut China Selatan, pasukan pakar yang dikendalikan kerajaan China berkongsi paparan skrin mengenai hal itu.

Ia terbang ke arah barat daya, mengikuti rantaian kepulauan Ryukyu, melewati Taiwan, untuk melayari pantai Pulau Hainan.





Nombor Mode-S Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pesawat, pengecam 24-bit yang diberikan kepada semua pesawat dan disiarkan oleh transponder onboard, adalah AE01CE.

Pada satu ketika, nombor Mode-S pesawat tiba-tiba berubah, dari AE01CE menjadi 750548.Itu nombor ICAO untuk pesawat Malaysia yang tidak diketahui, lapor syarikat penerbitan dari AS itu lagi.

Tiada kenyataan rasmi yang diterima dari kerajaan Malaysia setakat ini.


Sumber : SCS Probing Initiative

Post a comment

0 Comments