'Nanti tak cantik' - Suami Tak Benarkan Isteri Buat Pembedahan Kanser Payudara


Baru-baru ini viral di media sosial apabila seorang ibu meninggal di rumah saat melahirkan anak. Berita itu mendapat pelbagai respon orang ramai yang rata-ratanya geram dengan tindakan suami tidak membenarkan isteri bersalin di hospital.

Seperti perkongsian ini, seorang wanita menerima nasib yang sama apabila suami tidak benarkan doktor menjalani pembedahan kanser payudara. Apabila ditanya, respon suami sungguh menyakitkan hati.

Ada ketumbuhan di payudara

Ada terbaca hari tu pasal suami tak izinkan isteri bersalin di hospital. Bagi si suami, kalau si isteri meninggal waktu bersalin, itu mati syahid. Itu bukan suami ye , itu tahi. Nak share cerita waktu aku study kat universiti dulu. Tak ada kena mengena dengan bersalin kat rumah, tapi cerita pasal suami tak guna. Waktu tu rotation jabatan pembedahan. Ada seorang wanita ni, muda lagi umur dalam 40 an, kena barah payudara stage 4.

Badan kurus kering, rambut gugur sana sini. Kasihan. Bila ditanya tanya, rupanya dari tahun sebelumnya, pada awal lagi dah tahu ada ketumbuhan di payudara. Sebelum kanser merebak lagi dah tahu. Sudah dinasihat oleh doktor untuk buat pembedahan buang ketulan tu, tapi si suami tak izinkan. Nak tau kenapa si suami tak izinkan?

Menurut individu ini, seorang wanita awal 40-an datang ke hospital untuk pembedahan barah payudara tahap 4. Namun selepas ditanya rupanya wanita ini sudah tahu dijangkiti sejak dari awal tetapi tidak diizinkan oleh suami untuk melakukan pembedahan.

Suami tak benarkan buang payudara

Nak tau kenapa si suami tak izinkan? Perempuan tu cakap, suami dia tak benarkan buat pembedahan sebab nanti dah tak ada payudara akan jadi tak cantik. Suami dia cakap, kalau tak ada payudara, tak ada beza kalau kahwin dengan lelaki. Lelaki siap ugut akan bercerai kalau dia buat operation buang payudara. Sebab nanti dada dah flat, dah tak seksi agaknya. Jadi dia pun terus hidup dengan kanser tu, sampai la dah jadi kanser tahap 4. Memang waktu tu sedih dengar cerita dia. Lepas professor kami tanya, ‘sekarang mana suami kamu? Dia tak teman datang hospital?”

Dia jawab, “oh kami dah cerai. Sebab dia tak sanggup nak beristerikan perempuan yang ada penyakit macam saya. Dia cakap semenjak saya ada kanser, saya dah tak cantik. Dah kurus, selalu sakit sakit dan rambut banyak gugur.”. Waktu tu professor aku mengucap panjang. Kami pun sedih juga dengar cerita tu. Bila awal kanser, ugut nak cerai kalau buat operation sebab dada dah tak cantik. Bila dah stage akhir, dah merebak sana sini, dah selalu sakit sakit, kena cerai pula.

Apabila ditanya, wanita ini memberitahu suaminya bimbang jika dia tidak cantik tanpa payudara. Lebih malang apabila dah merebak lebih teruk, suami ceraikan wanita ini atas alasan sakit.

Penting selamatkan nyawa sendiri

Kesimpulan yang aku nak cerita kat sini, memang syurga itu bawah tapak kaki suami, tapi tengok juga kalau berkaitan dengan nyawa atau pun melanggar syara, aku rasa patùt je ignore kot. Sebab dalam Islam sendiri, nyawa tu tersangatlah penting sehinggakan kalau dalam keadaan darurat pun kita boleh makan babi. Betapa pentingnya nyawa sampai benda haram pun boleh dimakan demi menyelamatkan nyawa. Bagi aku , penyakit ni macam darurat lah. Penting untuk menyelamatkan nyawa.

Tak perlu lah kejarkan mati syahid dengan cara sebegitu sedangkan dalam islam sendiri bagitau nyawa itu penting. Kau ada choice dan solution, bukannya tak ada. Sorry aku bukan ustaz. Nak sentuh pasal agama lebih lebih aku tak pandai. Karang orang cop aku liberal pula. Kesimpulan yang aku nak cakap, kepada si suami, jadilah suami berguna dan bertimbang rasa. Jadi lah suami dan bukannya tahi. Kepada si isteri, ikutlah cakap suami, taat dan patutlah tapi kalau bab melibatkan nyawa atau bertentangan hukum syara, kau abaikan je lah dia. Yang menanggung sakit tu engkau. Kenapa keputusan bukan kau buat?

Dalam pada itu, lelaki ini menasihati wanita di luar sana agar tidak mengabaikan nyawa sendiri demi ketaatan pada suami. Di dalam agama kita sendiri, nyawa adalah sangat penting.

Sumber : Khairi Malik

Post a comment

0 Comments