Nabil dedah, alami kecacatan lepas kemalangan


Jika melihat kejayaan yang dimiliki pelawak terkenal Nabil Ahmad, mungkin ramai yang masih tidak pelawak ini telah menempuh pelbagai dugaan hidup.

Sebelum bergelar selebriti, Nabil memaklumkan dia sudah mula bekerja seawal usia 15 tahun di sebuh warung, dan kemudian dalam umur 16 ke 17 tahun dia bekerja pula di sebuah kedai nasi lemak.

Pernah terlibat dalam kemalangan

Selepas menamatkan persekolahan, Nabil pun mula bekerja sebagai dispatch dan ketika berusia 19 tahun dia telah terlibat dalam satu kemalangan menyebabkan hidupnya mula berubah.




“Saya cacat sebenarnya…”

Kemalangan itu menyebabkan pehanya patah dan terpaksa dimasukkan besi dari tulang pinggul saya sehingga bahagian tulang peha dan gigi di hadapannya juga sebenarnya palsu selepas gusinya turut patah ketika insiden tersebut.

“Badan saya ada besi, bermula dari tulang pinggul saya sehingga bahagian tulang peha. Gigi depan saya juga palsu sebab gusi patah, itulah kemalangan yang berlaku sewaktu saya bekerja jadi mat dispatch…



“Pada umur 19 tahun saya baring selama setahun kerana mengalami kemalangan. Peha patah jadi saya sebenarnya cacat. Orang selalu pelik bila tengok saya masuk tandas OKU sebab mereka lihat saya di kaca televisyen nampak sempurna…”

Tidak semua kejayaan itu bermula dengan mudah, lihatlah Nabil disebalik gelak tawa yang sentiasa terukir di bibir ada kisah duka yang tersimpan dalam kenangan hidupnya.

Sumber : Gempak

Post a comment

0 Comments