Budak 10 tahun kumpul tenaga kerja di pasar untuk membantu keluarga!


Ketika kanak-kanak seusianya sibuk di sekolah, tidak bagi seorang budak lelaki dikenali sebagai Amat yang ‘mempelajari’ pelbagai ilmu melalui pengalaman.

Budak berusia 10 tahun itu tidak membuang masa dalam kehidupan, sebaliknya berusaha keras mencari rezeki dengan menawarkan perkhidmatan mengangkat barang di Pasar Lahad Datu, Sabah.

Kisah budak tersebut dikongsi seorang pengguna laman Facebook, Edlee Al-Aswad Black dengan memuat naik tiga gambar  Amat yang sedang bekerja di pasar berkenaan.

Dengan beban yang dibawa, aku tidak pernah mengeluh. Aku cuma berpeluh..



Selain memudahkan urusan pengunjung pasar berkenaan, Amat tidak menetapkan kadar bayaran sebaliknya hanya terserah kepada ihsan pelanggan yang menentukan.

“Perjalanan hidupku tampak kabur dan kelam. Namun selagi aku mampu dan terdaya, aku tidak akan berhenti berusaha dan memasang impian.

“Rezeki itu milik Tuhan dan DIA tidak pernah mengabaikan mereka yang tekun, gigih dan sabar,” kongsi Edlee.

Posting tersebut menerima ratusan perkongsian dan tanda suka selain komen warganet yang kagum dengan semangat Amat dalam membantu keluarganya.

Sumber : Edlee Al-Aswad Black

Post a comment

0 Comments