'Berlakon saja' - Pengakuan video cemas Nabila dikecam netizen


Ogos lalu, pelakon Nabila Huda, 36, memuat naik video di Instastory yang mendakwa rumahnya didatangi oleh seorang individu yang mencurigakan.

Ketika itu, suami dan anak perempuannya tiada di rumah.

"Korang! Weh serius la weh. Saya tak tahu. Saya macam nampak orang kat balkoni. Saya tutup lampu lepastu saya dengar sesuatu.

"Dah la suami saya tak ada, Keisha tak ada. Saya nampak macam ada..

"Weh tak kelakar! Macam mana ni weh? Pintu kunci tak? Macam nampak tadi ada bayang hitam kat luar. Macam besar, dia pakai baju warna hitam. Saya tak tahu hanya nampak bayang.

"Takkan pencuri? Saya rasa pencuri. Weh, macam mana ni weh? Weh, saya takut gila. Saya takut," katanya sambil menangis teresak-esak.

Sehari selepas kejadian, Nabila tampil memberi penjelasan yang keadaannya baik-baik sahaja.

"Saya tahu semua orang risau dan tertanya-tanya apa yang terjadi dekat saya. Secara jujurnya, tidak ada apa-apa yang berlaku kepada saya. Saya dalam keadaan sihat. Saya memang takut duduk rumah seorang diri.

"Buat lagi bertambah paranoid tahap maksimum tu saya nampak kelibat orang dekat balkoni. Saya tak tahu itu orang ke apa, tapi dia pakai masks. Tak ada pencuri atau orang cuba nak bunuh atau pun perompak. Itu sahaja.

"Korang kena faham, saya ni pelakon. Saya punya paranoid mesti besar dari tanggapan korang. Contohnya luka dekat tangan tu sikit ja tapi saya menjerit macam kepala saya dah nak kena kerat," katanya melalui Instastory.

Dan semalam, menerusi Harian Metro, Nabila mendedahkan itu semua hanyalah gimik semata-mata untuk memberi promosi awal bagi program terbitan Astro, The Masked Singer, di mana Nabila adalah salah seorang juri tetap dalam program tersebut.

Berbeza dengan kenyataannya sehari selepas kejadian yang menggambarkan situasi cemas itu umpama kejadian yang benar-benar berlaku menyebabkan ramai kenalan dan para peminatnya dilanda kerisauan yang tak bertepi.

"Video cemas itu saya berlakon saja. Ia adalah 'teaser' untuk program The Masked Singer. Saya serba salah apabila ada kawan-kawan ingat ia betul. Sorry guys, saya berlakon saja.

"Saya seorang pelakon yang suka memberi tapi tak menjangka lakonan saya terlalu keterlaluan sampai buat semua orang bimbang. Fizz Fairuz dan Nabil antara yang ingat video itu betul hingga nak buat laporan polis.

"Saya pula memang sudah lama tak berlakon cerita suspen, lagilah saya buat bersungguh-sungguh apabila pihak produksi meminta buat video teaser.

"Saya lupa nak beritahu Keisha yang itu video gimik. Apabila dia tengok video tu, dia terus menghubungi saya tengah malam. Dia cakap dia panik dan takut jika ada apa-apa terjadi pada saya. Sorry Keisha, you kena pranked," katanya.

REAKSI NETIZEN




Sumber: Harian Metro

Post a comment

0 Comments