Sekali ‘Dia’ pusing kepala 360 darjah….

  

Menerusi Kelab Cerita Hantu Malaysia, seorang lelaki berkongsi pengalaman seram ternampak kelibat mahklus halus di depan rumahnya. Pada mulanya lelaki itu terbau hanyir di kawasan rumah diikuti dengan bunyi sayup-sayup orang menangis. Namun selepas diperiksa rupanya ada ‘sesuatu’ sedang memerhati. Lebih menyeramkan apabila video tersebut memaparkan jelas hantu tersebut berpusing ke arahnya. Memang seram betul!

Bau hanyir dan dengar orang menangis

Ok semua, Abang Man akan susun balik pengalaman ni untuk dikongsi. Bukan niat nak menakutkan sesiapa, tapi sekadar nak berkongsi pengalaman abang malam tu berdepan dengan makhluk ni. Malam tu abang dengan anak lelaki abang tengah rehat-rehat depan rumah mertua abang ni sambil isap rokok. Yelah malam kedua raya haji kan, rehat-rehat layan Facebook. Tiba-tiba terasa sunyi semacam. Sebelum dia betul-betul muncul, memang abang dah terasa lain macam suasananya dengan angin yang datang sepoi-sepoi.

Mula-mula terbau hanyir macam bau siang ikan keli tu. Tiba-tiba abang terdengar bunyi macam ada orang perempuan ketawa, abang abaikan sebab mungkin jiran, sebab kejiranan teres kan. Sekali terdengar pulak bunyi tu bertukar jadi nangis teresak-esak. Sayup je bunyi tu..angin terus datang kuat. Time tu baru abang terperasan ada bayang kabur-kabur macam asap kat kawasan pokok kemboja depan rumah tu. Dua kali makhluk ni cuba tunjukkan diri dia. Yang pasti memang dia mula jelas kat pokok bunga kemboja tu. Tu yang abang man dapat snap dua gambar, tapi masih kabur jugak macam camera hp ni takmau focus.

Mula pusingkan kepala

Dua kali makhluk ni cuba tunjukkan diri dia. Yang pasti memang dia mula jelas kat pokok bunga kemboja tu. Tu yang abang man dapat snap dua gambar, tapi masih kabur jugak macam camera hp ni takmau focus. Abang tunggu je, baru je nak duduk balik terus dia jelas. Terkejut campur takut campur nekad,abg on camera/video,bangun dan terus rakam. Nauzubillah minzalik, mukanya buruk, pucat habis, mulutnya tak ada, bajunya lusuh buruk dengan macam bertanah-tanah, rambutnya panjang menggerbang. Bila abang cuba zoom in.

Camera ni tendang balik zoom out, abang zoom balik terus jadi pecah gambar tu tak tau kenapa. Sedangkan video-video lain abang ambik time malam masa dengan family, elok je clear. Abang pakai A51s je. Masa start dia jelas, dia dah mula pusingkan kepala dia 360°. Abang kuatkan semangat baca ayat dan surah, terus dia toleh muka abang sambil mula peletokkan kepala kebelakang. Time tu abang dah meremang tahap habis dah, kaki ni macam tak rasa pijak lantai, jantung jangan cakapla. Laju macam orang baru lepas lari pecut 100meter.

Rupa hodoh dan menakutkan

 
Video dan gambar ni abang sharekan untuk korang nilai sendiri bahawa benda ni memang wujud kalau di izinkan Allah kita nampak. Korang tengok video ni betul-betul, tinggikan brightnes maximum. Kalau tak jelas jugak cuba cari tempat gelap yang mana handphone korang tak silau dari cahaya pada screen tu, tengok ulang-ulang kali. Amati betul-betul rupa dia. Memang cukup hodoh dan menakutkan. Ada yang kata mcm pakai mask, sebenarnya yang jelas depan mata abang memang benda ni tak ada mulut. Lepastu korang dengar betul-betul saat ke 0.40.

Dia mengilai, kalau tak dengar cuba gunakan earphone dan kuatkan volume tu. Abang mintak maaf pada semua kalau ada yang tetap tak boleh nampak, abang tak berani nak cakap apa-apa atas sebab apa korang tak boleh nampak. Kat sini abang kongsikan sekali gambar waktu siang tempat tu, lokasi kejadian abang man terpaksa rahsiakan atas nasihat moderator group ni dan atas faktor keselamatan. Apa yang abang mintak do’a kalian semua moga-moga abang dan keluarga serta kalian semua dijauhkan dari segala musibah dan sentiasa dilindungi Allah SWT…Aminn..

Sumber : Man Manz

Post a comment

0 Comments