Rusia Daftar Vaksin Pertama Covid-19 Ogos Ini

  

Semakin hari bilangan kes coronavirus di seluruh dunia semakin meningkat. Sehingga kini, Amerika Syarikat mencatatkan jumlah kes sebanyak 5199444 dan 165617 kematian rakyatnya. Masih tiada lagi vaksin yang berkesan untuk ‘melenyapkan’ wabak berjangkit ini.

Terbaru, menerusi Facebook Presiden Rusia iaitu Vladimir Putin menyatakan para saintis negara itu sedang menjalankan beberapa peringkat ujian penyelidikan vaksin. Tambahnya, mereka telah berjaya menemui ubat vaksin tersebut sepertimana dimahukan pelusuk negara.

Rusia hasilkan vaksin pertama

Memetik kenyataan yang dikongsi Vladimir Putin di laman Facebook rasminya melaporkan para saintis Rusia berjaya menghasilkan vaksin pertama yang didaftarkan di atas nama Rusia.

The world’s first vaccine against coronavirus will be registered in Russia in a few days. Russian scientists passed necessary test stages and proved the safety and effectiveness of the drug. Our medicine has adequately coped with the epidemic and now gives hope not only to our country, but to the whole world. Once the Soviet satellite paved the way for humanity into space, now the Russian vaccine will pave the way to the future without COVID-19, masks and social isolation.

Para saintis Rusia berjaya melepasi beberapa ujian yang diperlukan untuk membuktikan keberkesanan ubat tersebut. Presiden Rusia itu mendakwa mereka telah berjaya mengatasi wabak itu. Bukan rakyat Rusia sahaja yang meletakkan harapan terhadap penawar tersebut, malah, nescaya seluruh dunia juga mahukan vaksin berkenaan.

38 sukarelawan telah diuji

Mengambil laporan dari Live Mint menyatakan vaksin tersebut telah diuji di sebuah makmal iaitu Gamaleya Research Institute dan Menteri Pertahanan Rusia. Presiden Rusia mengatakan lebih dari 60% pesakit positif Coronavirus akan di beri vaksin ini terlebih dahulu.

Berdasarkan laporan terawal, semua sukarelawan menunjukkan kesan baik setelah menerima vaksin tersebut. Seramai 38 sukarelawan telah terlibat dengan ujian vaksin yang dibuat oleh saintis Rusia itu pada 18 Jun lalu.

Terkini, kerajaan Rusia dalam usaha menghasilkan vaksin mengikut peringkat. Dijangkakan penghasilan vaksin tersebut akan siap pada bulan September 2020.

Sumber: Vladimir Putin, live mint

Post a comment

0 Comments