'Aku tak tau nak cari kawan yang sebaik mana lagi macam korang' - Mamat luah rasa kehilangan kawan

 
 

Kemunculan mereka di pentas dinantikan oleh penonton. Setiap bicara lawak yang dipersembahkan pasti membuatkan kita tidak kering gusi. Jika dilihat luaran, pelawak-pelawak ini seolah tidak mempunyai masalah, sentiasa gembira menghiburkan orang ramai. Namun disebalik tutur bicara dan jenaka yang dipersembahkan, tiada siapa yang tahu ada dugaan yang dilalui.

Tahun 2011, peminat kumpulan ini pastinya terkejut dengan pengunduran Jepp dan Shuib dari kumpulan Sepah dan mereka telah menubuhkan satu kumpulan baru yang dinamakan Sepahtu. Kontroversi yang mengaitkan Mamat dikatakan antara punca perpecahan kumpulan tersebut.

Rumah 107 yang telah bersiaran di Astro Warna pada setiap hari Jumaat menampilkan kelainan dengan pengisian program lawak jenaka, kisah hidup dan juga iktibar yang diceritakan oleh tetamu jemputan yang rata-ratanya merupakan seorang pelawak.

Pada minggu lalu, bekas pelawak kumpulan Sepah, Mamat telah dijemput untuk menceritakan kisah di sebalik persahabatan mereka yang juga telah membawa kepada perpecahan kumpulan itu. Dalam nada sebak, dia dilihat sangat menyanjungi persahabatannya bersama Jep dan juga Shuib.

"PADA diri saya orang luar, ye betul Sepah memang banyak duit. Kita akui benda tu. Muka kitorang keluar tv non-stop. Tapi bila kita bergaduh pasal kerja, pasal attitude saya, masing-masing ada masalah masing-masing yang kita ada alasan kita sendiri.

"Bila saya kehilangan kawan saya tu, saya cakap "Aku tak tahu nak cari kawan yang sebaik mana lagi macam korang ni sebab korang terlalu baik dalam hidup aku." Tapi ini mungkin kesilapan aku atau kesilapan masa atau pun orang sekeliling kita yang mengapi-apikan."

Ketika ditanya Khir Rahman, apa pesanan atau persoalan yang ingin Mamat sampaikan pada sahabat-sahabatnya, jawapannya, dia sudah lama memaafkan sahabat-sahabatnya itu.

"Cuma saya nak diorang tahu satu hari nanti apa erti persahabatan dan kau tahu betapa aku sayang pada korang. Sebab korang berdua ni, aku letak ke depan walaupun sebelum ni aku pernah  ada group lain.

"Bagi aku, korang tak ada dosa dengan aku. Jangan satu hari nanti kau mati, kau cakap dengan bini kau, aku ada dosa dengan Mamat. Dengan apa yang terjadi, walaupun korang pernah menghancurkan nama aku satu hari dulu, aku nak kau mati nanti, kau cakap dengan bini kau tak perlu minta maaf dengan Mamat sebab Mamat dah ampunkan awal 10 tahun yang lepas dulu sebab kita pernah janji kita nak mati sama-sama.

".."Kau mati, aku duduk sebelah liang lahad kau", itu yang saya pernah cakap dengan Jep."

Sumber: APAI W, Beautiful Nara

Post a comment

0 Comments