Ajaran Sesat Mirip Ayah Pin Di Petaling Jaya Dihadiri Pelbagai Kaum & Peringkat Umur

 
 
Ajaran sesat baharu yang tular di media sosial baru-baru ini adalah kes lama yang berlaku pada 2016 dan 2018 serta sudah diambil tindakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, ia adalah acara yang dianjurkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan rumah perlindungan bagi semua peringkat umur terutama kanak-kanak.

Katanya, NGO terbabit sering mengadakan program berbentuk kerohanian untuk ahlinya, selain terbuka kepada orang ramai yang berminat.

Pada 14 Disember 2016, Bahagian Penguatkuasaan Jais memantau acara Pure Life Society bertajuk Spiritual Musical Night di Dewan Sivik, Petaling Jaya yang dihadiri pelbagai kaum, peringkat umur dan agama.

Acara itu dilihat menggabungkan tujuh agama atau pegangan yang berada di Malaysia iaitu Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh, Bahai dan masyarakat Orang Asli.

Sepanjang pemerhatian di lokasi memperlihatkan acara itu cuba membawa konsep plurality iaitu menggabung atau menyamaratakan semua agama dan pegangan di bawah satu pemikiran atau pegangan yang baharu.

Mohd Shahzihan berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 berkaitan doktrin palsu.

Katanya, masyarakat Islam diminta menyalurkan maklumat kepada Jais sekiranya mendapati ada perkara atau aktiviti tentang agama Islam atau mengenai agama Islam yang bersifat eksklusif.

Islam sifatnya inklusif, terbuka dan telus. Suatu yang bersifat selektif dan pelik mesti dimaklumkan kepada pihak berkuasa. Tiada cara mudah dalam Islam, semuanya mesti berdasarkan ilmu pengetahuan yang benar dari guru yang diiktiraf oleh JAIS.

Sumber; Harian Metro

Post a comment

0 Comments