6 jalan paling "sesak" dalam sejarah!

 

iapa yang bekerja dan tinggal di kawasan Lembah Klang tahu lah betapa penatnya badan dan mental menghadapi kesesakan lalu lintas hari demi hari. Tapi yang tak tinggal di Lembah Klang pun tetap akan mengharungi kesesakan lalu lintas yang teruk tiap kali menjelang musim perayaan. Ini dah kira macam norma baharu dalam kehidupan sekarang selepas makin ramai yang memiliki kenderaan. Walaupun ada pilihan untuk menaiki pengangkutan awam, tapi rasanya rata-rata lebih selesa menaiki kenderaan sendiri. Paling lama korang pernah tersangkut dalam traffic jam berapa lama? Kalau setakat dua atau tiga jam, mungkin itu belum dikira lama. Jadi jom tengok senarai kesesakan lalu lintas paling lama dan teruk dalam sejarah.

BREBES, INDONESIA


Kesesakan yang berlaku di daerah Brebes, Indonesia ini dikatakan berlangsung selama TIGA hari! Traffic jam sejauh 21 kilometer itu juga dikatakan telah meragut 12 nyawa. Rupanya tak boleh buat main-main juga ya kalau kita tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Kejadian ini berlaku pada bulan Julai tahun 2016 di sebuah lebuh raya utama di kepulauan Jawa. Punca kesesakan lalu lintas ini adalah akibat daripada orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Kita pun sesak juga kalau tiba musim perayaan, tapi tak ada lah sampai tiga hari tersangkut dalam traffic jam.

SÃO PAULO, BRAZIL


Sebuah bandar di Brazil yang pernah menganjurkan beberapa perlawanan bola sepak Piala Dunia, pernah mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk. Dianggarkan kesesakan yang berlalu pada tahun 2014 itu adalah sejauh 344 kilometer. Kalau yang berada di Kuala Lumpur mungkin dah boleh sampai Melaka dah. Kesesakan tersebut dikatakan berpunca daripada kumpulan penunjuk perasaan yang besar serta projek-projek binaan yang belum siap. Biasa juga sebenarnya kalau ada road construction mesti akan berlaku traffic jam.

MOSCOW, RUSIA


Kesesakan lalu lintas di Moscow ini dikatakan berlangsung selama 3 hari dengan jarak kesesakan sejauh 200 kilometer. Kejadian yang berlaku pada tahun 2012 ini berpunca daripada ribut salji yang menenggelamkan jalan raya. Dianggarkan seramai 10,000 pemandu terperangkap dalam kesesakan tersebut dan terpaksa survive dengan pemanas haba dalam kereta. Ada juga pemandu yang keluar daripada kenderaan mereka dan mencari sumber haba di luar. Rasa bersyukur juga lah negara kita ni tak bersalji.

BEIJING, CHINA


Ini mungkin kesesakan lalu lintas yang paling teruk dalam sejarah ketamadunan manusia. Berlaku pada bulan Ogos 2010, Lebuh Raya Beijing-Tibet merekodkan kesesakan lalu lintas sejauh 100 kilometer yang berlangsung selama 12 HARI! Traffic jam ini bukan lah disebabkan oleh sebarang bencana atau kumpulan penunjuk perasaan yang membanjiri jalan. Ianya disebabkan oleh terlalu banyak kenderaan yang berada di lebuh raya tersebut pada masa itu. Jadi ramai lah juga terpaksa tidur beberapa hari di atas jalan untuk mengharungi kesesakan lalu lintas yang paling gila ini.

JERMAN TIMUR – JERMAN BARAT


Dikatakan kesesakan lalu lintas ini berlaku selepas tembok Berlin yang memisahkan Jerman barat dan timur diruntuhkan. Pada cuti sambutan perayaan Easter, penduduk dari kedua-dua kawasan telah merancang untuk menyambut perayaan itu bersama saudara mara yang dah lama terpisah. Jalan yang menghubungkan kedua-dua kawasan sebelum ini hanya boleh menampung 500,000 pengguna sehari. Tapi pada sambutan Easter tahun 1990 itu, sebanyak 1.8 juta pengguna membanjiri jalan raya tersebut. Kesesakan sejauh 48 kilometer itu tetap gagah diharungi mereka untuk menyeberangi tembok Berlin.

BETHEL, NEW YORK


esesakan yang berlaku di kota New York ini berpunca daripada festival muzik Woodstock yang diadakan pada tahun 1969 di Bethel, New York. Antara pemuzik lagenda yang membuat persembahan ketika itu adalah Jimi Hendrix. Sepatutnya jumlah jangkaan penonton dianggarkan sebanyak 50,000 je. Tapi mungkin penangan Jimi Hendrix tu kuat sangat, maka hampir sejuta penonton hadir dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas di New York selama tiga hari. Kesesakan lalu lintas ketika itu dikatakan sangat teruk sehingga ada pemuzik yang terpaksa dibawa ke set persembahan menggunakan helikopter. Peminat-peminat muzik pula dikatakan ramai yang meninggalkan kereta mereka di tengah jalan dan berjalan kaki menuju ke tempat konsert tersebut. Lebih 500,000 orang berjalan kaki sampai ke festival muzik Woodstock.

Sumber : thelaki

Post a comment

0 Comments