“Jangan Pumpang2 Di Media Sosial Je, Jangan Jadi Ustaz/PU Sejenis Kejadian Alam” – Safiey Illias

 

Usahawan kosmetik popular, Safiey Illias menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan mana-mana pendakwah yang berniat untuk membimbingnya.

Menurut Safiey, dia lebih selesa dengan pendekatan bersua muka berbanding teguran yang dibuat menerusi surat terbuka di media sosial.

“Saya bersedia berjumpa dengan mana-mana PU (pencetus ummah), ratu motivasi atau ratu syurga. Jangan pumpang di media sosial sahaja demi mendapat exposure, like dan pengikut.

“Mak ayah saya pun bersedia. Menunggu juga ni ada tak yang sudi hadir datang dakwah. Tak kan apa-apa cuma surat terbuka untuk Safiey Illias. Awak ingat aku ratu surat terbuka?,” katanya menerusi satu entri di Instagram.


“Janganlah jadi ustaz atau PU yang sejenis kejadian alam. Jadilah yang lebih telus, ikhlas dan profesional macam ustaz Ebit Lew.

“Saya masih menunggu whatsapp daripada PU kejadian alam itu. Terima kasih,” tulisnya.

Biarpun tidak menyebut sebarang nama, begitupun mesej tersebut dipercayai ditujukan buat PU Syed.

Sumber : @safieyillias94

Post a comment

0 Comments