Tiada Lagi Sesi Makan Bersama, Akhirnya Video Masak Sugu Pavithra Dimuatnaik!

 

Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Itulah ungkapan paling tepat pada pasangan apabila hubungan rumah tangga sedang bergolak.

Begitulah yang sedang dilalui Youtuber masakan terkenal, Pavithra baru-baru ini apabila kecoh dengan isu suaminya, Sugu memukul dirinya akibat tidak menyebut namanya dalam satu anugerah yang mereka peroleh.

Kembali beraksi di Youtube!

Perkara tersebut membuatkan mereka memadam kesemua video masakan walaupun telah mendapat ratusan ribu tontonan awam sehinggakan Pavithra mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan lagi membuat sebarang video masakan lagi.

Sekaligus mengecewakan ramai rakyat Malaysia. Namun, tidak sampai dua hari pasangan tersebut membuat keputusan untuk kembali beraksi dengan memuatnaik video resipi pertama, Dalca Tulang Kambing pada lewat petang semalam.

Mungkin untuk musim kedua ini terdapat sedikit kelainan cara suntingan.


Tiada lagi sesi makan bersama…

Ya, memang benar dalam video mereka yang terbaru ini ada sedikit kelainan. Kepada yang menonton sehingga tamat video masakan Sugu Pavithra pastikan akan melihat mereka sekeluarga menikmati hidangan tersebut bersama anak-anak tetapi, kali ini tidak.

Bagaimanapun pada ruangan komen video tersebut telah dibanjiri dengan ribuan komen tanda sokongan mereka terhadap video masakan Sugu Pavithra.


Video resipi



Walaupun keceriaan dan aura dalam video ini dilihat agak berbeza daripada sebelumnya tapi video masakan Sugu Pavithra tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia. We love both of you Sugu and Pavithra. Teruskan memasak dan beri inspirasi.

Semoga pasangan Youtuber Sugu Pavithra terus positif dan kembali aktif berkongsi pelbagai resepi mereka bersama pengikutnya.

Sumebr : yoy

Post a comment

0 Comments