Sila hentikan tindakan ke atas wartawan, warga Bangladesh fitnah kerajaan – Zaid Malek

 

Rasanya kebanyakan rakyat Malaysia pasti sudah menonton dokumentari yang diterbitkan oleh Al Jazeera baru-baru ini. Dokumentari bertajuk Locked Up in Malaysia's Lockdown ini mencetuskan kontroversi di atas laporan dan kenyataan yang tidak tepat dilakukan agensi berita antarabangsa itu.

Menyedari kontroversi yang telah tercetus, Al Jazeera telah tampil dengan kenyataan terbaru di laman mereka semalam. Di dalam kenyataan itu, mereka menolak dakwaan pihak berkuasa Malaysia bahawa laporan mereka tidak tepat, mengelirukan dan tidak adil.

Pegawai Malaysia telah mengkritik dokumentari itu sebagai tidak tepat, menyesatkan dan tidak adil. Al Jazeera dengan tegas menolak tuduhan ini dan berpegang pada profesionalisme, kualiti dan kesaksamaan kewartawanannya.


Mereka mendakwa dokumentari itu tidak mengandungi pandangan peribadi daripada kakitangan Al Jazeera dan hanyalah berdasarkan fakta semata-mata. Selain itu, agensi berita itu turut meluahkan kebimbangan mereka mengenai keselamatan pekerja mereka di Malaysia.

Al Jazeera kini bimbang bahawa pekerja-pekerja mereka kini terpaksa menjalani siasatan polis susulan dokumentari yang tular ini. Selain itu, pekerja mereka di Malaysia juga telah menjadi sasaran gangguan dalam talian termasuk beberapa ugutan dan pendedahan maklumat peribadi mereka di media sosial.

Selain daripada pekerja mereka, individu-individu yang ditemu bual di dalam video juga menjadi kebimbangan mereka.


Al Jazeera juga prihatin terhadap keselamatan mereka yang ditemuramah dalam dokumentari yang juga menjadi sasaran gangguan dalam talian dan ucapan kebencian. Sebelum ini, Jabatan Imigresen Malaysia meminta kerjasama orang awam untuk menjejak warga Bangladesh itu untuk disiasat.

Di dalam dokumentari tersebut, beberapa warga asing yang ditemu bual memberitahu mereka dilayan dengan kejam dan tidak adil semasa pandemik COVID-19 di Malaysia ini. Mereka turut menuduh pihak berkuasa Malaysia bersikap prejudis kepada warga asing. Namun, ianya bertentangan dengan apa sebenarnya yang berlaku di Malaysia.

Malah, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mencabar Al Jazeera untuk menunjukkan mana-mana negara yang berikan kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak mempunyai dokumen. Kerajaan Malaysia sebelum ini telah memberikan rawatan percuma kepada 773 warga asing yang disahkan positif COVID-19 sebelum ini.

Sumber : aljazeera

Post a comment

0 Comments