Selfie & upload di IG, bapa bunuh anak kembar sebelum maklumkan kepada isteri

 

Di Gessate, Milan seorang lelaki berusia 45 tahun disyaki membunuh dua orang anak kembarnya. Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila suspek dikatakan sempat ‘selfie’ bersama kedua anaknya itu sebelum membunuh mereka.

Selfie sebelum bunuh


Menerusi laporan yang dipetik daripada Mirror UK, suspek iaitu Mario Bressi telah memuatnaik gambar selfie bersama anak perempuannya iaitu Elena dan puteranya, Diego di laman Instagram dengan menulis kapysen ‘Bersama anak-anak saya, selalu bersama’.

Difahamkan, gambar tersebut diambil ketika mereka bertiga melakukan perjalanan ke pergunugan yang terletak di utara Itali. Tetapi malangnya, selepas beberapa jam memuatnaik gambar tersebut, Bressi dipercayai bertindak membunuh mereka kemudian meragut nyawanya sendiri.

Ada masalah rumahtangga


Menurut pihak polis, Bressi disyaki mencekik Elena dan menekan Diego menggunakan bantal ketika mereka sedang nyenyak tidur di rumah percutian. Difahamkan, Bressi sengaja menunggu anak kembarnya itu tidur kerana tidak sanggup menatap mata mereka ketika pembunuhan itu berlaku.

Selepas membunuh, Bressi dikatakan telah menghantar pesanan melalui Whatsapp kepada isterinya, Daniela Fumagalli dengan memaklumkan bahawa wanita itu tidak akan pernah melihat kedua anak kembarnya kelak.

Bukan itu sahaja, Bressi turut mendakwa bahawa isterinya yang telah terpisah itu merupakan punca kehancuran keluarga mereka ‘Anda telah menghancurkan sebuah keluarga’. Difahamkan, pasangan suami isteri ini mengalami masalah rumahtangga sejak 2 tahun yang lalu.

Siasatan masih dijalankan


Bressi kemudian nekad mengakhiri hayatnya dengan terjun dari jambatan berhampiran rumah percutian yang terletak di Kampung Margno di wilayah Lombardy.

Sebaik sahaja menerima pesanan daripada bekas suaminya, Daniela bergegas ke tempat anak kembarnya itu tinggal dan dia amat terkejut apabila mendapat kedua-dua mereka sudah pun meninggal dunia. Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati telefon bimbit mangsa telah dibuang sementara telefon Bressi masih belum dijumpai sehingga kini.

Sementara itu, hasil bedah siasat belum didedahkan dan pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung dengan kejadian.

Sumber: Mirror

Post a comment

0 Comments