Remaja dirogol ketika jalani rawatan Covid-19

 

Di New Delhi, India, seorang remaja perempuan terpaksa hidup dalam keadaan tertekan selepas dirogol ketika menerima rawatan Covid-19. Menerusi laporan Harian Metro, remaja tersebut dirogol ketika berada di sebuah kawasan pengasingan.

Disahkan positif Covid-19

Mangsa berusia 14 tahun tidak mengenali suspek dan dia dirogol di kawasan pengasingan dan suspek bersama seorang lagi rakannya berusia 20 tahun terbabit dalam kejadian berkenaan.

Berdasarkan maklumat, mangsa mendakwa lelaki berusia 20 tahun itu merakam kejadian menggunakan telefon bimbitnya dan kami turut menyiasat dakwaan itu mengikut kesalahan rogol mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak dari Jenayah Seksual.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Delhi, Parvinder Singh, suspek berusia 19 tahun merupakan salah seorang daripada pesakit yang sedang menerima rawatan di Pusat Penjagaan Sardar Patel. Tambahnya, mangsa dirogol di kawasan pengasingan. Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut daripada keluarga mangsa pada 16 Julai lalu.

Dirawat di hospital berbeza

Post a comment

0 Comments