Remaja China lumpuh tangan kiri bermain komputer tanpa henti

 

Baru-baru ini telah berlaku di China, lebih tepatnya di Nanjing, di mana seorang remaja diserang strok akibat bermain computer game tanape henti selama 2 jam sehari.

Kisahnya, remaja berkenaan dikejarkan ke hospital di wilayah Guangxi di selatan China setelah ibunya mendapati remaja berkenaan tiba-tiba pengsan. Setelah menerima dan sedar, remaja berkenaan mendapati bahawa dia tidak lagi dapat menggerakkan tangan dan lengan kirinya. Selepas penelitian dan pemeriksaan yang dilakukan, doktor mengesahkan bahawa remaja berkenaan diserang strok.


Berdasarkan info, remaja berkenaan menjadi ketagih bermain computer game ketika sekolahnya ditutup selama sebulan akibat COVID-19. Ibunya menjelaskan bahawa, anaknya itu mendakwa dia sering mengikuti kelas online dan tidak pernah mengadu tidak cukup tidur meskipun tidur selama 2 jam sehari.

Dipetik dari Pertubuhan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM), strok adalah keadaan di mana kurangnya darah yang membawa oksigen ke otak sehingga menyebabkan kematian otak. Kebiasaannya strok ini menyerang mereka yang mempunyai kolestrol dan tekanan darah tinggi akibat salur darah yang tersumbat.


Keadaan Xiaobin kini stabil dan dia menerima rawatan rehabilitasi di Hospital Nanning, namun masih belum dapat dipastikan sama ada dia dapat pulih sepenuhnya.


Sumber : hmetro

Post a comment

0 Comments