Ratusan jenama besar serata dunia bakal di isytihar bankrap

 

Keadaan pengangguran di Amerika Syarikat kini mencapai tahap tertinggi dalam sejarah iaitu melebihi 38 juta kes pengangguran (daripada 160 juta tenaga kerja hampir 40 juta orang kini menganggur).

Tanpa sumber pendapatan, kadar permintaan pengguna kini jatuh secara drastik mengakibatkan ekonomi kini merudum di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia secara amnya.

Akibar penularan pandemik COVID-19, kebanyakkan syarikat gergasi kini menghadapi krisis kewangan yang besar. Dalam tempoh 5 bulan penularan pandemik ini, ianya telah menimbulkan masalah hutang yang tinggi dan banyak syarikat kini diisytihar bankrap.

Ratusan jenama gergasi kini isytihar bankrap
  • Victoria’s Secret isytihar bankrap
  • Zara menutup 1,200 cawangannya.
  • La Chapelle menutup 4391 cawangan.
  • Chanel, Hermes, Rolex dan Patek Philippe kini menghentikan produksi mereka.
  • Nike menyediakan sejumlah $ 23 bilion dolar AS sebagai persediaan untuk pemberhentian peringkat kedua.
  • Gold’s Gym telah memfailkan notis bankrupsi.
  • Pengasas Airbnb mengeluarkan kenyataan akibat COVID-19, perniagaan selama 12 tahun musnah dalam 6 minggu.
  • Starbucks juga mengumumkan untuk menutup 400 cawangannya.
  • WeWork kini menunggu masa untuk jatuh bankrap.
Selain itu syarikat-syarikat industri terbesar dunia turut mengalami masalah kewangan dan tidak kurang juga ramai yang telah mengambil keputusan menutup perniagaan mereka.
  • Nissan Motor Co. juga mungkin akan ditutup di Amerika Syarikat. 
  • Syarikat Penyewaan Kereta Terbesar (Hertz) yang juga memiliki Thrifty dan Dollar mengemukakan notis kebankrapan.
  • Syarikat trak terbesar (Comcar) yang memilik lebih 4000 trak mengemukakan kebankrapan
  • Syarikat JC Penny akan diambil oleh Amazon kerana memerlukan sokonga kewangan
  • Pelabur terbesar di dunia Warren Buffet kehilangan $AS 50 Billion dalam 2 bulan terakhir
  • Syarikat pelaburan BlackRock menguruskan lebih dari $AS 7 Trilion aset kini turut mengalami masalah kewangan
  • Pasaraya terbesar di Amerika iaitu Mall of America kini mempunyai masalah untuk membayar balik pembayaran mortgage mereka
  • Syarikat penerbangan paling terkenal di dunia Emirates telah memberhentikan 30% pekerjanya.
 Beberapa jenama retail terkenal seperti J. Crew, Gap, Bath & Body Works, Forever 21, Sears dan pelbagai lagi turut menutup sejumlah 12,000 hingga 15,000 cawangan mereka pada tahun 2020.

Dunia kini mengalami krisis ekonomi global

Perbendaharaan Amerika Syarikat juga dikatakan telah mencetak trilion dolar sebagai usaha mengekalkan ekonomi dalam sokongan kehidupan.


Dunia kini mengalami krisis global yang amat sukar untuk ditangani. Separuh masa kedua 2020, dikatakan merupakan cabaran hebat bagi dunia korporat dan ekonomi perniagaan.

Pakar perniagaan di seluruh dunia menyatakan tahun 2020 adalah merupakan tahun survival.

Sekiranya anda memiliki perniagaan dan syarikat anda masih bertahan serta tidak ada pemotongan gaji atau pemberhentian kerja, anda perlu bersyukur dan jagalah syarikat serta pelanggan dengan baik.

Post a comment

0 Comments