Pekerja ditampar pelangar gara-gara minta pakai mask!

 

Wabak COVID-19 masih lagi belum reda dan jika diikutkan, Malaysia sendiri masih lagi menampakkan peningkatan kes harian. Pemakaian pelitup muka adalah sesuatu yang perlu terutamanya ketika berada di tempat awam bagi membendung penularannya.

Kebanyakan premis juga kini mewajibkan pelanggan mereka untuk memakai pelitup muka sebelum dibenarkan masuk. Tetapi lain pula yang berlaku di sebuah restoran di Kuching, Sarawak ini. Seorang pelanggan bertindak menampar pekerja hanya kerana diminta memakai pelitup muka.

Menurut sumber, pelanggan tersebut yang merupakan pasangan lelaki dan perempuan dikatakan ingin menjamu selera di restoran berkenaan. Tetapi sebaik sahaja tiba di pintu masuk, pelanggan tersebut telah ditahan oleh pekerja restoran kerana tidak memakai pelitup muka.


Oleh kerana SOP yang ditetapkan, pekerja berkenaan telah meminta pelanggan tersebut memakai pelitup muka dahulu sebelum dibenarkan masuk. Salah seorang dari pelanggan tersebut tidak berpuas hati dan mendakwa pekerja itu sebagai penyibuk dan menamparnya.

Pelanggan itu juga dikatakan tidak berpuas hati kerana menurutnya beberapa premis lain tidak cerewet tentang pemakaian pelitup muka itu. Beberapa pekerja kemudian cuba menenangkan keadaan namun pelanggan tersebut beredar dari restoran itu selepas gelagat mereka diperhatikan orang ramai.

Meihatkan kepada jumlah kes harian COVID-19 yang semakin meningkat kini, pemakaian pelitup muka pastinya jalan terbaik untuk melindungi diri daripada menerima jangkitan wabak ini. Kerajaan juga kini sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Menerusi perutusan khas semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu perincian mengenai perkara tersebut akan diumumkan apabila peraturan yang berkaitan dimuktamadkan oleh kerajaan. Cadangan ini juga disambut baik oleh rata-rata rakyat Malaysia sebaik sahaja ianya diumumkan semalam.

Sumber : ilovekch

Post a comment

0 Comments