Masuk laluan bertentangan, lelaki bangladesh didakwa sebabkan kematian gadis

 

Seorang lelaki warga Bangladesh baru-baru ini telah didakwa menyebabkan kematian seorang wanita dalam kemalangan di Jalan Baru, Batu Kawan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, lelaki warga asing itu difahamkan tidak mempunyai lesen memandu.

Lelaki berusia 30 tahun yang bekerja kontrak ditahan sejurus kemalangan itu berlaku, telah direman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

“Dalam kemalangan jam 10.45 malam tadi, seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta dinaiki warga asing berkenaan hingga menyebabkan dia tercampak ke bawah jambatan…”

Berdasarkan siasatan, kemalangan berlaku setelah kenderaan dipandu warga asing itu yang dalam perjalanan dari arah Ikea ke Bukit Tambun dipercayai masuk ke laluan bertentangan.

“Pada masa sama terdapat seorang penunggang motosikal wanita melalui jalan terbabit lalu menyebabkan berlakunya pertembungan…”

Mangsa dikenali sebagai Siti Khadijah Abdul Razab, 21, bertugas sebagai pengawal keselamatan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis juga meminta orang awam menyaksikan kemalangan itu diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Harian Metro

Post a comment

0 Comments