Jangan sentuh jika jumpa objek bulat ini ditemui di hutan, hubungi pihak berkuasa

 

Seorang pengguna Twitter berkongsi mengenai objek berbentuk bulat yang dikatakan dilarang untuk disentuh sekiranya ditemui di dalam hutan. Malah menurutnya, individu yang menemui objek tersebut perlu segera membuat laporan polis sekiranya objek ini ditemui.</p>

Dia yang dikenali sebagai @sunfloweraidil, menyatakan objek tersebut adalah merupakan bom babi yang digunakan oleh pemburu haram bagi dijadikan umpan berburu. Bom itu akan meletup apabila disentuh dan mampu membunuh haiwan tersebut.

Modus operandi yang salah di sisi undang-undang ini, dikatakan sering digunakan bagi memburu babi hutan.


Meletup sekiranya digigit atau dipijak dengan kuat

Freyr turut memberitahu, bom babi ini akan meletup sekiranya digigit, dipijak atau menerima tekanan yang kuat. Ianya boleh mengancam nyawa kepada haiwan liar dan juga manusia yang melalui kawasan tersebut.




Diharap pihak berkuasa dapat segera membanteras kegiatan haram ini, supaya keselamatan hidupan liar dan orang ramai dapat dipelihara.

Sumber : Twitter

Post a comment

0 Comments