Ini cara letak ‘Saya Buat Grab’ secara profesional dalam resume?

 

Resume merupakan ‘wajah’ pertama kita ketika memohon sesuatu pekerjaan. Resume yang baik mampu menunjukkan tanggapan positif dan profesional majikan terhadap pemohon.

Oleh itu, kita perlu bijak menyusun ayat untuk mencipta resume yang baik bagi dipersembahkan kepada bakal majikan.

Jika anda pernah bekerja sambilan sebagai pemandu e-hailing ataupun penghantar makanan, anda boleh gunakan pengalaman ini untuk menunjukkan kesungguhan dan kerja keras anda dalam bekerja.

Anda juga boleh membuktikan kemahiran sosial yang anda miliki melalui pengalaman berharga ini.

Nak tahu bagaimana? Jom ikuti perkongsian saudara Afiq di Twitter. Perkongsian beliau telah mendapat lebih 28 ribu tanda suka dan lebih 14 ribu ulang kicau. Malah, tips tersebut turut sampai ke pengetahuan pihak Grab yang menghadiahkannya saguhati.


Macam mana nak cakap, “Saya buat Grab” secara profesional?

Kongsi Afiq, dia memasukkan pencapaiannya semasa menjadi pemandu Grab ke dalam resume dengan menulis jumlah trip dan penilaian sepanjang tempoh pekerjaannya. Beliau juga berkongsi kemahiran yang terlibat dalam melaksanakan kerja tersebut.

“Pemandu Grab sambilan dan berjaya melengkapkan lebih 200 trip sambil mengekalkan penilaian 5 bintang untuk kira-kira 2 tahun.

“Ia memerlukan kemahiran komunikasi yang baik, pengurusan masa serta kemampuan menyesuaikan diri yang baik,” tulisnya.

Sumber : @afiqkhir_
Tambahnya, penghantar makanan juga boleh menggunakan kaedah yang serupa untuk mencipta resume.


Apa yang penting, huraikan secara ringkas dan padat jenis pekerjaan serta kemahiran yang diperoleh sepanjang bekerja.

kerja apa pun if nak letak dalam resume, kalau boleh ikut camni, “kerja you+ skills yang you dah developed within the time you buat kerja tu”. Kalau boleh jangan panjang2 sangat 🤗 -
@afiqkhir_

Driving plus navigating skills can be ur selling point - @azizramleesau

Sumber : @afiqkhir_

Post a comment

0 Comments