Ditemui reput, ada kesan kelar dileher, motif pembunuhan jururawat ini kekal misteri

 

Penemuan mayat seorang wanita di sebuah rumah di Cyberjaya pada 16 Mei tahun lalu telah merungkai misteri kehilangan seorang jururawat yang dikatakan gagal dihubungi sejak 8 Mei.

Mayat mangsa telah ditemui dalam keadaan reput selepas dipercayai sudah meninggal dunia sejak seminggu selain terdapat kesan kelar pada leher mangsa. Suspek utama kes berkenaan yang merupakan seorang lelaki warga Nigeria turut telah direman. Walau bagaimanapun, suspek mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan kes.

Dilaporkan hilang 8 Mei 2019


Memetik laporan Harian Metro bertarikh 8 Mei 2019, mangsa Siti Kharina Mohd Kamarudin telah dilaporkan hilang selepas dilihat kali terakhir di kawasan parkir Hospital Serdang. Kehilangan mangsa disedari apabila rakan serumahnya menghubungi ahli keluarga mangsa untuk bertanyakan mengenainya.

Mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah dan melaporkan diri ke tempat kerja. Kehilangannya menjadi misteri kerana usaha untuk menjejaki wanita itu juga gagal. Selain itu, mangsa juga dikatakan tidak mempunyai masalah rumah tangga bersama suaminya yang menetap di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Jumpa mayat dibunuh di sebuah rumah


Selepas seminggu misteri kehilangan mangsa, pada 16 Mei 2019 pihak polis telah berjaya menemui satu mayat yang dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Cyberjaya. Mayat mangsa telah ditemui dalam keadaan reput selepas dipercayai meninggal dunia sejak seminggu lalu. Selain itu, terdapat kesan kelar yang ditemui pada leher mangsa.

Polis buru suspek utama warga Nigeria


Sehubungan dengan itu, pihak polis giat memburu seorang lelaki warga Nigeria bagi membantu siasatan. Suspek dikenali sebagai Aliwajuwon Gilbertalowonle yang berusia 30-an selepas hasil siasatan yang diperoleh dari penahanan seorang lelaki Pakistan dan wanita Nigeria.

Pihak polis menolak kemungkinan mangsa dirompak berikutan semua barang berharga mangsa tidak hilang dan tiada tanda rumah dipecah masuk.

Jenazah selamat dikebumikan

Jenazah mangsa selamat dikebumikan pada 16 Mei 2019 di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Lebih kurang 100 ahli keluarga dan sahabat handai hadir memberi penghormatan terakhir.

Pada hari yang sama jenazah dikebumikan, suspek utama kes pembunuhan telah berjaya ditahan pihak polis. Suspek warga Nigeria itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Cheras Sentral.

Sumber : Harian Metro

Post a comment

0 Comments