Bina masjid RM1.2 juta untuk orang kampung, selepas dengan ceramah ustaz

 

Pasangan selebriti kegemaran ramai Aeril Zafrel dan Wawa Zainal merancang bagi membina sebuah masjid.

Mengikut perancangan mereka, masjid tersebut akan dibina pada awal tahun depan dan ia boleh memuatkan kira-kira 700 jemaah.

Memetik laporan sinarplus, pasangan ini membuat keputusan membina masjid di kampung halaman aktor tersebut di Johor.

Binalah masjid untuk saham akhirat kita

Berkongsi lanjut mengenai berita gembira tersebut, mereka membuat keputusan selepas terkesan dengan ceramah pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad.

“Pada awalnya, Wawa mendengar ceramah daripada Ustaz Abdul Somad mengenai tiket ke syurga. Ustaz tersebut berkata, jika ada wang binalah masjid untuk saham akhirat kita”.

Rancang bina banglo ditangguhkan dan mahu bina masjid

“Jadi Wawa cadangkan kepada saya dan kami sebelum itu ada bercadang untuk membina banglo di Bangi”.

“Tapi Wawa kata tak mengapa perancangan rumah itu boleh ditangguhkan dulu sebab kami sudah ada rumah,” katanya.

Dana untuk masjid dianggarkan 1.2 juta

Pasangan ini tampil dengan produk terbaru Wawa Cosmetics Edisi Glam Raya, Aeril berkata hasil keuntungan produk tersebut akan menjadi dana pembinaan masjid itu.

Menurut Aeril lagi, anggaran dana untuk masjid tersebut telah dianggarkan bernilai RM1.2 juta.

Harap masjid ini beri manfaat kepada penduduk kampung

“Saya kira masjid ini bukan daripada kami, sebaliknya pembeli produk ini adalah insan sama yang turut menyumbang untuk pembinaan masjid ini”.

“Apa yang saya harapkan, masjid ini akan memberi manfaat kepada penduduk kampung kelak,” tambahnya yang tiada niat bersikap riyak.

Dipuji Siti Nurhaliza & netizen

Hajat pasangan tersebut turut dipuji oleh penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza. Orang ramai mendoakan agar urusan mereka berdua dipermudahkan.
 


Semoga niat ikhlas pasangan Aeril Zafril dan Wawa Zainal ini dipemudahkan dan ia dapat memberikan manfaat kepada orang ramai.

Sumber : HMetro

Post a comment

0 Comments