Angkara kencing merata, lelaki maut dipukvl rakan serumah!

 

Sikap suka kencing dang membuang air merata-rata membuatkan seorang lelaki pesakit mental memukul dan menumbuk rakannya sehingga mati. Kejadian yang mengejutkan ini berlaku di pusat jagaan pesakit mental di Ipoh.

Ceritanya begini, pada pukul 8 pagi berlaku kekecohan apabila mangsa dikatakan dipukul oleh teman sebilik yang marah dengan sikapnya yang suka kencing merata-rata. Bila hantar ke hospital, mangsa rupanya sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata pukulan itu mengakibatkan kesan lebam pada muka, mata, bawah mata serta leher mangsa.

“Mangsa mungkin tidak boleh hendak bergerak sangat membuatkan dia membuang air di merata tempat, kejadian dikatakan sudah banyak kali berlaku, suspek mungkin sudah tidak tahan dengan keadaan itu,” katanya.

Malangnya, situasi tersebut tidak dapat dilihat dengan jelas memandangkan pusat penjagaan ini tidak menyediakan CCTV.

Beliau berkata, siasatan di lokasi mendapati terdapat kesan darah pada dinding bilik berkenaan.

Menurutnya, pihaknya menunggu hasil bedah siasat untuk tindakan selanjutnya berikutan kejadian berlaku di pusat jagaan mental.

“Kami sedang menyemak rekod sama ada pusat jagaan ini berdaftar atau tidak.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tetapi disebabkan suspek pesakit mental, dia akan menjalani pemeriksaan psikiatri bergantung kepada hasil bedah siasat,” katanya.

Kita yang sihat mental ini, jangan pula buat perangai macam ini. Menempah maut namanya.

Sumber : hmetro

Post a comment

0 Comments