'500K followers baru produksi ambil berlakon' - Amirul luah rasa kesal dengan syarat 'tak masuk akal' pihak produksi

 

Baru-baru ini, pelakon Amirul Affendi memuat naik tweet yang mempersoalkan syarat yang dikenakan oleh pihak stesyen televisyen yang dianggap tidak masuk akal.

Menurut Amirul, pihak berkenaan mengenakan syarat artis yang ingin berlakon dalam produksi mereka haruslah mempunyai 500,000 pengikut di media sosial.

"Instagram baru ada 100,000 followers. Maknanya lambat lagilah station tv nak ambik berlakon dalam produksi mereka. Sebab depa kata 500,000 followers baru dipertimbangkan.

"Nak beli follower, kang saya rasa menipu pihak station tv pulak. Bukan ke tu berdosa? Jadi apa patut saya buat?" tulisnya.



Tweet Amirul turut mendapat perhatian rakan seperjuangannya, Bront Palarae yang berkata, "Patut bersyukur bro. Tak keluar tv tapi masih disayangi dan dihormati. Tuhan jagamu dari noda dan goda. Jangan tergoda.". 


Sementara itu, netizen meluahkan pandangan masing-masing. 



Sumber : Amirul Affendi

Post a comment

0 Comments