Tunjuk pisau tak beri pihak berkuasa bangunkan tanah

 

Seorang wanita mengeluarkan pisau pemotong daging untuk mengugut Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dan pegawai pihak berkuasa

Ini supaya mereka tidak mengganggu tanamannya yang ditanam di tanah rizab kerajaan.

Kejadian yang tular itu berlaku apabila Tiong bersama pegawai pihak berkuasa terbabit datang ke rumah wanita berkenaan. Tujuannya bagi membincangkan isu projek perparitan untuk menyelesaikan masalah banjir di Kidurong Avenue.

Tiong berkata, wanita itu menghalang projek perparitan berkenaan dilaksanakan menggunakan tanah yang digunakannya bercucuk tanam. Sedangkan tanah itu adalah rizab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Semua penduduk di sana memberi kerjasama kecuali rumah tersebut. Apabila pihak berkuasa seperti JPS dan Pegawai Daerah sendiri turun padang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka dimaki hamun dan diugut oleh wanita itu,”

Perlu lihat cerita sebenar di belakang video ini.

Ada orang viral video ini? Apa cerita? Ambil daripada orang yang tahu cerita keseluruhannya. Masa viral jangan sebarkan berita palsu dengan tambah minyak!👇Tuan rumah merupakan kaum Cina, manakala isteri merupakan kaum Iban. Isteri tuan rumah telah menanam tanaman di tanah reserve DID, DID ingin melaksanakan projek peparitan untuk menyelesaikan masalah banjir di Kidurong Avenue (Kampung Pisang), namun isteri tuan rumah tersebut cuba menghalang pihak berkuasa dan mengugut pihak berkuasa. Semua penduduk di sana telah memberi kerjasama kecuali rumah tersebut. Apabila pihak berkuasa seperti DID and Tuan DO sendiri turun padang untuk menyelesaikan masalah tersebut, namun telah dimaki hamun dan diugut isteri tuan rumah tersebut. Beliau meminta saya sendiri datang. Apabila saya sampai di rumah tersebut, isteri tuan rumah tersebut telah mengeluarkan pisau dan membuang kata-kata kesat kepada saya dan rombongan saya termasuk polis. Saya cuba untuk berbincang dan menyelesaikan masalah tersebut namun tindakan isteri tuan rumah tersebut telah melampaui. Pegawai saya telah menghubungi pihak polis, polis telah tiba di tempat kejadian dan suami kepada perempuan tersebut pun tiba di rumah, suami beliau telah memohon maaf atas apa yang telah berlaku dan berjanji akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan projek tersebut demi kesejahteraan penduduk di kampung tersebut. Kita sebagai rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa, apa kaum perlu menghormati undang-undang. Negara kita merupakan negara yang perlu hormat kepada Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.

Posted by Sarawak Kopitiam 砂拉越咖啡店 on Sabtu, 20 Jun 2020

Menurutnya, beliau kemudian datang setelah dihubungi dan apabila sampai, wanita itu mengeluarkan pisau dan melemparkan kata-kata kesat kepadanya dan rombongan termasuk polis.

Katanya, beliau cuba berbincang dan menyelesaikan masalah terbabit namun tindakan wanita itu melampaui batas.

Tiong berkata, pegawainya menghubungi polis untuk datang ke tempat kejadian dan tidak lama kemudian, suami wanita terbabit turut sampai. 


“Suaminya memohon maaf atas apa yang berlaku dan berjanji akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan projek terbabit demi kesejahteraan penduduk di kampung itu.

“Kita sebagai rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa, apa kaum perlu menghormati undang-undang. Kita perlu hormat kepada Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang,” katanya.

SEORANG wanita mengeluarkan pisau pemotong daging untuk mengugut Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dan pegawai pihak berkuasa supaya tidak mengganggu tanamannya yang ditanam di tanah rizab kerajaan.

Kejadian yang tular itu berlaku apabila Tiong bersama pegawai pihak berkuasa terbabit datang ke rumah wanita berkenaan bagi membincangkan isu projek perparitan untuk menyelesaikan masalah banjir di Kidurong Avenue.

Tiong berkata, wanita itu menghalang projek perparitan berkenaan dilaksanakan menggunakan tanah yang digunakannya bercucuk tanam sedangkan tanah itu adalah rizab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

"Semua penduduk di sana memberi kerjasama kecuali rumah tersebut."

Apabila pihak berkuasa seperti JPS dan Pegawai Daerah sendiri turun padang untuk menyelesaikan masalah tersebut, mereka dimaki hamun dan diugut oleh wanita itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, beliau kemudian datang setelah dihubungi dan apabila sampai, wanita itu mengeluarkan pisau dan melemparkan kata-kata kesat kepadanya dan rombongan termasuk polis.

Katanya, beliau cuba berbincang dan menyelesaikan masalah terbabit namun tindakan wanita itu melampaui batas.

Tiong berkata, pegawainya menghubungi polis untuk datang ke tempat kejadian dan tidak lama kemudian, suami wanita terbabit turut sampai.

"Suaminya memohon maaf atas apa yang berlaku dan berjanji akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan projek terbabit demi kesejahteraan penduduk di kampung itu.

"Kita sebagai rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa, apa kaum perlu menghormati undang-undang.

"Kita perlu hormat kepada Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang," katanya.


Sumber : info.semasa

Post a comment

0 Comments