Sebelum ni exam, sekarang berkelambu dalam hutan untuk presentation..

 

Seorang pelajar tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikenali sebagai Rose Ed turut melakukan usaha yang sama seperti Veveonah Mosibin bagi mendapatkan capaian internet yang kuat. Menurutnya, dia terpaksa berkampung di dalam hutan demi melakukan sesi pembentangan secara berkumpulan atas talian.

Berkelambu di dalam hutan


Setelah melihat video viral budak Sabah haritu, hari ni saya terfikir mahu guna idea beliau menggunakan kelambu cegah nyamuk. Hari ini 24 Jun 2020, selesai sudah presentation group online melalui system MyGuru. Sepatutnya presentation ini sudah selesai pada minggu lepas tetapi terpaksa ditunda kerana diri ini gagal untuk menghadirkn diri ekoran daripada capaian internet yang sangat lemah di kawasan pedalaman. Saudara saudari, hari ini saya terpaksa bersedia awal untuk persiapan diri sendri sebelum presentation bermula tadi. Seperti yang saudara saudari lihat di dalam gambar tersebut, lokasi ini adalah di kawasan hutan (babas) tempat kami menoreh getah.

Capaian internet di sini lebih bagus berbanding di kawasan rumah panjang. Walaupun kawasan kampung kami tidak mempunyai capaian internet tetapi terdapat juga beberapa kawasan di sekitar kampung yang dapat dikunjungi untuk mencari internet seperti kawasan berbukit, kawasan ladang sawit. Namun, kawasan ini tidak sesuai untuk dikunjungi setiap hari memandangkn saya sendiri mempunyai jadual kelas yang penuh kecuali Selasa dan Ahad. Hari ini saya memilih tempat ini kerana dekat dengan kebun ayah dan selapas habis kelas, saya dapat menolong ayah baik pulih pondok di kebun untuk kegunaan kelas online saya pada hari seterusnya.

Menurut Rose, dia menggunakan kelambu bagi mencegah gigitan nyamuk sebelum membuat pembentangan tersebut. Tambahnya, idea tersebut muncul sebaik sahaja kisah penuntut Universiti Malaysia Sabah, Veveonah viral. Ujarnya lagi, kawasan berbukit, ladang kelapa sawit dan ladang menoreh getah di kawasan rumahnya mempunyai capaian Internet yang lebih kuat jika dibandingkan di sekitar rumah panjang.

Memerlukan kos dan kenderaan


Untuk pengetahuan saudara saudari, kampung kami tidak lah jauh mana dari kawasan Pekan Pakan. Namun, perlu kita fikir di sini bahawa untuk pergi ke pekan adalah memerlukan kos dan kenderaan yang baik untuk ulang alik setiap hari. Saya orang kurang berkemampuan jadi saya tidak mampu untuk pergi ke pekan hari-hari tambahan pula keadaan cuaca yang kerap hujan. Sebagai seorg final year student, saya sangat memerlukan capaian internet yang bagus untuk access maklumat final year project (FYP). Segala system MyGuru, MyUpsi Portal & Pustaka Upsi langsung tidak dapat di access.

Tuan-tuan dan Puan-puan, pihak UPSI sememangnya menjaga kebajikan para pelajarnya kerana bagi pelajar yang mengalami gangguan internet masih boleh memperolehi nota yang dihantar melalui pos namun berkaitan posting saya di Facebook hanyalah untuk membuka mata pihak kerajaan negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya sampai bila kawasan pedalaman ini harus dibiarkan seperti ini.

Rose juga berharap coretannya mendapat tumpuan pihak-pihak tertentu. Ini kerana, capaian internet yang baik mampu memudahkan urusan pelajar sepertinya.

Posting itu meraih 3,200 perkongsian dan 5,500 tanda suka serta ratusan reaksi warganet yang turut bersimpati dengan nasib gadis tersebut.

Rata-rata berharap masalah yang dihadapi akan mendapat perhatian oleh pihak bertanggungjawab selain memberi kata-kata semangat buat pelajar berkenaan.

Sumber: Rose Ed

Post a comment

0 Comments