Penumpang jalan gelap...


Mak pernah tanya aku dulu, nanti lepas belajar nak kerja kat mana? aku pun dengan selamba balas… Penang, Putrajaya, JB… aik? mana Perlisnya mak aku tanya.. Perlis?? erk… ada kerja kosong ka kat Perlis ni, tengok ramai org gomen ja kat Perlis ni… swasta ka gomen ka sama ja…xpa la mak, rezeki ada kat mana-mana, pergi la mana pun.. kalau kita rajin mesti bos suka… paling dekat Penang la kot… aku jawap.. dalam hati mak aku mesti nak aku duk kerja dalam Perlis ja..

Tak sampai seminggu aku pun dapat interview satu kilang, apply kot Jobstreet rasanya… lepas interview pertama lepas.. alhamdulillah..kena plak interview kedua.. nasib baik rezeki menyebelahi aku dan dapat la kerja pertama di sebuah kilang kat Penang ni.. punyalah excited bila dapat tahu gaji 2k+, bangga toksah nak habaq org perlis cakap…hahahah… , nak masuk kerja kilang bukan senang cik oii.. sebab nak kena medical check up.. masa pergi medical check up..aku siap kena pakai seluar pendek ja.. abis dia cek badan aku mcm nak masuk askar la pulak.. dah habis medical check up tunggu tarikh lapor diri…

Tunggu seminggu aku pun lapor diri dengan bangganya… bukan bangga diri, aku bangga sebab mak ayah aku tersenyum seronok tak terkata..tgk aku dah dapat kerja..

Hari pertama, mula la dapat uniform.. pergh, pakai uniform pergi kerja.. mula-mula malu juga, tapi dah lama ..rasa bangga plak pakai uniform kilang ni.. bukan apa, hari-hari tak perlu nak fikir nak pakai baju apa.. yg paling seronok bab kebajikan, aku duduk hostel percuma, elektrik dan air percuma.. pergi kerja tak sampai 5 minit dari hostel.. duduk kat ofis ada plak elaun makan, ot pun byk, pendek kata mewah sungguh time tu… siap beli Kawasaki Ninja nak bawa marka pergi jalan-jalan.. tapi yang pelik setahun single.. marka mana nak naik time tu…

Bila single time tu, masa aku byk dengan motor la..pi konvoi sana sini, pantang dapat sms dari Ketua Rider Apachee masa tu.. confirm semua on.. tak kira pergi mana, semua aku nak ikut, sebab bila atas motor bawa pulak dengan kelajuan 180km/h rasa dah mcm superman terbang dah… tapi yg aku heran, aku dah pulas 180km/h boleh pula Kawasaki Kips p****g aku… fuhhh panas panas.. apa barang la yang hampa modified sampai laju tera tu…

Sampai satu hari tu, punya la bosan duk rumah ingat nak ride ja… tak fikir apa dah dan apa lagi, aku amik beg letak baju dengan towel terus pakai full set equipment ride motor pergi KL rumah kak aku… sampai KL tak sampai 4 jam.. terus ride balik Penang balik.. bukan apa, nak kepuasan ride atas motor ja..

Masa balik dari KL tu, jam dah pukul 11malam.. aku tak pernah fikir apa sebab ride ja kat mana pun aku redah sebelum ni, tapi malam tu rasa lain sikit..hujan renyai-renyai dari KL sampai ke Ipoh.. bila hujan renyai-renyai xboleh la nak laju sebab jalan licin… aku bawa standard la 110km/h bila sampai saja R&R simpang pulai aku dah rasa something ada duduk kat belakang… eh!!! menyirap pulak d***h..motor pula rasa berat.. dalam hati, apa pula masalah motor ni… nak jem ka apa.. berat ja kau ni… nak kena tukaq filter angin ni..

tapi aku silap, sampai saja terowong aku rasa ringan ja balik motor aku… lega, kalau tak duit melayang lagi.. Tapi bila keluar ja terowong motor aku berat balik… arghhhh!!!. apa masalahnya.. Tengh tak sedap hati boleh pulak kereta depan sebelah jalan duk asyik bagi lampu tinggi ja.. Sakit dah mata aku. Bila pula aku bagi lampu tinggi kat ampa… Nak balas dendam pun agak-agak la.. Nonstop keta asyik bagi lampu tinggi dekat aku.. dan nak sampai ja R&R Sg. Perak, aku terperasan ada benda terbang dekat side mirror aku.. Astagfirullahalazim, apa benda pula tu.. kenapa aku??, aku dah mula panik, sebab jauh jugak dia ikut aku.. Masa tu tak ada plak kereta yg lalu lalang… tinggal aku sorang ja atas highway tu.. Hujan plak renyai2.. tak mau lebat…

Masyaallah, apa aku nak buat ni.. Tetiba aku ingat pesan ayah aku, berhenti la kat mana-mana.. Jangan bagi dia ikut balik umah sudah. Dalam duk fikir sambil tengok side mirror masih lagi berterbangan.. Aku pun singgah masuk R&R sg. perak.. aku masuk petronas duduk lepak sat kat situ. Rasa tak sedap hati aku naik pula toilet kat atas, basuh muka amik air sembahyang. Pastu dalam masa yang sama aku nampak geng – geng rxz dalam 5 biji nak gerak. Apa lagi aku pun kalut siap dan start motor ligan geng rxz tu.. Aku tak p****g geng rxz tu. Aku angkat tangan aku duk dalam kawanan motor mereka. Mesti mereka hairan kenapa la motor Kawasaki ni datang join sekali.. Tapi mengeletar punya pasal, tak kira apa dah.. join saja geng motor mana yang ada.. Dalam duk bawa motor, aku memang ketegaq, aku tengok juga side mirror aku..

Fuhhh.. nasib baik dah tak ada. Aku apa lagi… Dekat 1/2 jam jugak bawa slow dengan geng rxz tu.. Mula la nak pulas. Habis kebas p******g lama-lama bawa motor ni… Dah rasa cerah sikit, aku pun apa lagi, angkat tangan terus pecut motor nak bagi sampai hostel cepat..

Jam dah dekat pukul 3 pagi.. Nasib baik esok tu cuti.. dalam pukul 4 pagi.. aku sampai hostel, tengok guard hostel sedap ja duk tidur sebab still hujan dari KL sampai penang..

Sampai ja hostel, aku buang habis semua pakaian letak luar. Aku pakai seluar pendek ja masuk.. Biar la nak hilang ke tidak, janji aku ikut pesan org tua-tua. Tinggalkan barang yang tak penting dekat luar, basuh kaki sebelum masuk rumah.. Dah habis basuh kaki, aku mcm biasa seluk ikut tingkap buka pintu umah hostel. Dah masuk, tengok roomate aku semua dah tidur.. aku pun slow ja pergi mandi, bersih dulu badan.. Kemudian aku terus tidur.. tidur terus??? memang tak la… Hati masih teringat apa yang jadi tadi.. dah la tak baca ayat apa pun sebab panik, ntah!! still mengikut… Dalam duk fikir ,boleh pulak dengar air paip terbuka… aduh.. apa lagi ni, tak kan ikut kot… argh!! baik jangan tidur sebab badan aku letih, nanti senang ja dia kacau..

Aku nekad tak mau tidur. Aku tengok jam dah pukul 5 pagi.. Sabar, nanti orang azan ok la tu.. semuanya akan selesai… Asyik tengok cerita seram dan ending dia bila matahari terbit, semuanya selesai… Aku pun fikir macam tu. Tapi aku silap lagi. Kali ni aku dengar bunyi peti ais terbuka pulak dah..
haish, Berapa minit lagi ni orang nak azan.. argh, aku bisik dalam hati, Ini rumah aku, tempat aku, kenapa aku takut.. Dengan berani, aku bangun buka pintu bilik, Astagfirullahalazim memang terlompat aku bila nampak satu lembaga tinggi lampai tengah basuh pinggan awal-awal pagi..

Yang peliknya, dia siap cakap lagi… “ini masalah duduk rumah kongsi ramai-ramai…makan tak reti basuh pinggan, aku jugak nak kena basuh..ni baru 6 org dalam rumah, kalau ramai.. dah jadi tong sampah rumah ni..” Dalam hati aku, abg long rupanya… mengigau ka apa, bangun pagi duk membebel sambil basuh pinggan.. Dalam hati duk fikir pula, betul ka tu abang long… aku apa lagi.. tak jawap apa dia bebel, masuk bilik.. kunci.. amik selimut terus tutup muka tidur…. sampai la aku dengar orang azan baru aku bangun…

Pagi tu aku tanya abg long, “awat awai pagi bangun basuh pinggan.”. aku tersedu, bila dia reply… bila plak aku bangun awai… Astagfirullahalazim.. apa lagi ni…

Sejak hari tu, aku dah tak pernah ride sorang malam-malam. Biar la apa orang nak cakap.. Aku bukan lone rangers… Dan sekarang bila group dah berpecah aku pun jual motor sebab aku tak nak ride sorang2 dah…..

Sekian la cerita dari aku mlm ni….

Sumber : fiksyenshasha

Post a comment

0 Comments