Penerbit buku papar imej hina jata negara mohon maaf

 

Penerbit buku yang menimbulkan kontroversi selepas gambar pada kulit buku terbitannya dikatakan menghina logo Jata Negara meminta maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan perkara itu.

Tak sangka jadi isu

Chong Ton Sin yang juga pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, berkata pihaknya tidak berniat untuk menghina logo Jata Negara dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi isu besar.


Gambar berkenaan adalah salah satu lukisan lama yang pernah dipamerkan di beberapa pameran termasuk di Sarawak beberapa tahun lalu.

Pada masa itu tiada pula timbul isu, maka saya rasa bila ia diputuskan untuk dijadikan gambar pada kulit buku berkenaan tidak akan timbul masalah.

Tetapi tak sangka pula ia jadi isu dan menyebabkan beberapa pihak tersinggung… saya memang tiada niat untuk berbuat demikian, perkara ini bukan disengajakan.

Suatu penghinaan

Lukisan mirip Jata Negara itu memaparkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang serta imej dua ekor harimau diubah suai selain menambah bentuk seekor buaya di bahagian bawah yang biasanya tertera cogan kata Bersekutu Bertambah Mutu.


Mohon maaf

Ton Sin berkata, beliau meminta maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perkara itu dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

“Semalam ada beberapa anggota polis datang ke pejabat tetapi saya tidak berada di situ kerana keluar makan tengah hari. Mungkin hari ini atau esok mereka akan datang semula atau akan panggil saya ke Bukit Aman (untuk dirakam percakapan). Saya sedang menunggu,”

Buku yang disunting oleh penulis, Kean Wong itu menggunakan visual mirip Jata Negara, mendapat perhatian sejak beberapa hari kebelakangan ini kerana penggunaan gambar yang dikatakan menghina Jata Negara selepas perkara itu tersebar di media sosial.

Dikenakan tindakan

Isu Hina Jata Negara#kementeriandalamnegeri #kdn#keselamatantanggungjawabbersama - Posted by Kementerian Dalam Negeri (KDN) on Isnin, 29 Jun 2020

Walau bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sudah mengarahkan pihak polis menyiasat segera dan mengambil tindakan kerana perbuatan itu dianggap tidak bertanggungjawab dan tidak patriotik.

Beberapa individu termasuk pengarang, penerbit dan mereka yang mempunyai kaitan atau terbabit dalam penghasilan buku itu akan dipanggil ke Bukit Aman untuk diambil keterangan serta membantu siasatan.

Post a comment

0 Comments