Organ dalaman cedera selepas lintah masuk ke dalam alat sulit!

 

Seorang lelaki warga emas di Kemboja, terpaksa menahan sakit selepas darah organ dalamannya dihisap lintah. Menerusi laporan Dailymail.co.uk, kejadian tersebut berlaku selepas lelaki itu berendam dalam sungai yang dipenuhi lintah dan serangga.

Lintah masuk melalui alat sulit


Menurut doktor yang merawat, lelaki itu tidak berpakaian ketika berendam dalam sungai dan dia tidak sedar lintah memasuki badannya melalui alat sulit. Susulan daripada itu, warga emas tersebut terpaksa menanggung kesakitan pada alat sulitnya ketika membuang air kecil di tandas rumahnya.

Sebaik tiba di Hospital Calmette, pasukan perubatan menggunakan sejenis kamera kecil dan mendapati haiwan penghisap darah itu sudah berada dalam salur pundi kencingnya. Imej imbasan juga menunjukkan parasit itu mencederakan beberapa organ dalaman lelaki itu dengan gigi tajamnya.

Proses menjadi rumit


Ujar doktor lagi, mereka terpaksa menggunakan sejenis alat dinamakan bipolar resectoscope untuk membunuh haiwan itu sebelum berjaya mengeluarkannya. Tambahnya, proses berkenaan sangat rumit berikutan saiz lintah itu sudah mengembang dan menghisap 500 mililiter darah lelaki itu.

Amaran buat orang ramai turut diberikan oleh doktor agar mereka lebih  berhati-hati apabila berenang dalam sungai terutama semasa musim hujan.

Air sungai itu dipenuhi lintah dan serangga kerana musim hujan. Rujuk doktor segera jika anda sakit dalam badan.

Walau bagaimanapun, lelaki itu dilaporkan stabil dan masih dalam pemantauan serta dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan semalaman di hospital tersebut.

Sumber: Dailymail

Post a comment

0 Comments