Manja macam ‘Baby’, ramai pilih biawak sebagai haiwan peliharaan

 

Agaknya memelihara kucing, burung, hamster atau anjing sebagai haiwan peliharaan mungkin sudah terlalu “mainstream” di kalangan pencinta haiwan.

Kini ramai pula pencinta haiwan sudah beralih arah memelihara haiwan yang lebih eksotik, seperti biawak. Kalau orang lain nampak, memang dah gelupur lari tapi golongan ini bela biawak bak bayi kecil.

Manjanya biawak…

Seperti perkongsian di Facebook baru-baru ini, rata-rata pemilik haiwan eksotik mempamerkan biawak masing-masing, nampak memang manja kalah si kucing.





Gemuk-gemuk biawak mereka, jadi lepas ni siapa yang ada terjumpa biawak jangan dihalau, mane tahu boleh bela sebab manja jugak biawak rupanya.

Post a comment

0 Comments