Lelaki nikahi dua kekasih "sepupu"

 

Seorang lelaki bernama Saepul Bahri yang berasal dari Lombok, Indonesia nekad mengahwini dua kekasihnya sekaligus.

Tindakan beraninya itu telah membuatkan keluarganya bimbang serta menangis kerana khuatir bahawa kedua-dua gadis tersebut akan bertengkar sewaktu bersanding.

Menurut Tribunnews, kedua-dua pengantin perempuan tersebut merupakan sepupu dan tinggal di Lombok Barat.

Sementara itu, Saepul Bahri pula adalah penduduk dari Dusun Bakong Dasan, Desa Lembah, Daerah Lembaran, Lombok Barat.

Kisah unik Saepul Bahri ini telah menjadi tular di media sosial.


Dalam foto yang berlegar di media sosial, Saepul Bahri kelihatan memegang tangan dua wanita itu untuk dibawa ke meja akad nikah.

Salah seorang pengantin wanita itu memakai gaun berwarna kuning emas manakala seorang lagi mengenakan gaun berwarna putih.

Kedua-dua pengantin perempuan itu bernama Mustiawati dan Hariani, dan mereka adalah sepupu. Malahan, rumah mereka juga terletak bersebelahan antara satu sama lain.

Perkahwinan mereka ini telah membuatkan keluarga mereka berasa bimbang dan menangis kerana keluarganya khuatir bahawa kedua-dua mempelai wanita itu akan bertengkar sehingga menyebabkan majlis tersebut rosak.

Pun begitu, kebimbangan itu ternyata tidak pernah terjadi sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Bahkan, kedua-dua pengantin wanita itu benar-benar akur dan ikhlas menerima keputusan Saepul untuk menikahi mereka berdua secara serentak.


Difahamkan bahawa Mustiawati dan Hariani mempunyai hubungan yang sangat rapat.

Menurut Saepul, pada awalnya dia mula bercinta dengan Mustiawati yang tidak lain tidak bukan merupakan sepupu kepada Hariani.

Namun lama-kelamaan, Saepul Bahari telah menaruh hati pada Hariani.

Saepul Bahri mendapat tahu bahawa kedua-dua mereka mahu dimadukan kerana Mustiawati dan Hariani itu mempunyai hubungan yang sangat rapat antara satu dengan lain.


“Setahu saya, mereka berdua mengaku ikhlas dimadukan. Membina rumah tangga secara bertiga,” katanya.

Saepul Bahri difahamkan baru pulang dari Malaysia enam bulan yang lalu.

Dia telah berhijrah ke Malaysia selama sembilan tahun untuk mengumpul duit bagi membina rumah dan mengumpul duit untuk majlis perkahwinannya.

“Saya tidak pernah merancang untuk berkahwin dengan dua orang sekaligus. Tetapi saya suka kedua-duanya. Dan tidak disangka ianya boleh terjadi,” ujarnya.

“Kedua-duanya pendiam dan pemalu,” kata Saepul Bahri.

Kecantikan mereka berdua telah membuatkan Saepul jatuh hati dengan mereka.

“Saya tidak kisah jika mereka berdua mempunyai hubungan keluarga sekalipun, ini kerana saya ikhlas menyukai mereka berdua,” kata Saepul Bahri.

Menariknya, perkahwinan mereka seolah-olah dipermudahkan. Saepul Bahri difahamkan tidak banyak membelanjakan wang untuk majlis perkahwinannya itu.

Dia hanya membelanjakan sebanyak 2 Juta Rupiah sahaja untuk mas kahwin bagi kedua-dua calon isterinya itu. Ini bermakna, secara keseluruhan, dia hanya membelanjakan duit sebanyak 4 Juta Rupiah sahaja.

Sumber: Tribunnews

Post a comment

0 Comments