Gadis OKU bertubuh kecil maut didera!

 

Perasaan sedih bercampur marah, mungkin itulah yang dapat digambarkan mengenai nasib seorang gadis OKU yang dimaklumkan meninggal dunia disyaki menjadi mangsa dera.

Menerusi perkongsian di Facebook, aktivis kemanusiaan, Natipah Abu, kisah gadis itu pernah disiarkan sekitar empat tahun yang lalu. Jika dilihat kepada bentuk fizikal, ia dilihat seperti seorang kanak-kanak.

Apa dosa gadis ini?

Hakikatnya, gadis itu sebenarnya sudah berusia 22 tahun pada tahun ini, namun disebabkan kecacatan yang dialaminya, pemikiran dan fizikalnya masih seperti seorang kanak-kanak.

Menerusi entri di Facebook aktivis tersebut, meluahkan rasa kesal terhadap sikap penjaga yang tergamak berbuat demikian kepada mangsa yang merupakan anak yatim piatu.

اِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونTulis … padam, tulis … padam lagi … itulah yang terjadi kali ini. Tidak…

Difahamkan, mangsa telah meninggal dunia sejak setahun yang lalu, akan tetapi kisah tragis yang melanda gadis ini masih tidak dapat dilupakan sehingga kini.

Tidak pernah dipinta untuk dia lahir dalam keadaan seperti itu, apakah dosanya sehingga sanggup dia disakiti. Bagaimana pun, pelaku yang mendera anak istimewa ini sehingga maut, telah pun disabit kesalahan dan dikenakan hukuman mati mandatori.

Sumber : Natipah Abu

Post a comment

0 Comments