Dipercayai amalam ilmu hitam, kawasan kubur dipenuhi dengan kain kapan berisi bangkai ayam..


Beberapa bungkus kain kafan yang terbakar ditemui di sebuah tapak perkeburan di sebuah perkampungan Kudus, Indonesia pada Khamis lalu menimbulkan kekecohan penduduk kampung.

Bungkusan seperti mayat yang juga tular di laman Twitter itu ditemui oleh penduduk yang menziarahi perkeburuan dan menghidu bau busuk di sekitar mereka. Arah bau busuk itu datang dari sebuah kubur baru dan apabila mereka menggali, penduduk mendapati terdapat 9 bungkusan seperti mayat bayi yang berbau busuk.

Siasatan polis mendapati bungkusan itu berisi bangkai ayam dan beberapa gambar wanita yang berlainan.



Selain itu, polis juga menemui jarum, bunga dan kertas yang bertulis disyaki mentera dan nama seorang wanita yang berulang kali ditulis.

“Kami mengesyaki ini adalah amalan ilmu hitam,” kata Ketua Jenayah , AKP Angustinus David sewaktu pemeriksaan di tempat kejadian.

Nama wanita yang berulang kali ditulis dan juga menjadi perbualan hangat di laman sosial adalah ‘Yulia Fera Ayu Lestari’ dimana menurut ketua kampung nama seorang gadis berusia 19 tahun dan tinggal di perkampungan ini bersama ibunya.

The real cinta ditolak dukun bertindak. Aku sekilas baca ada tulisan bahasa jawa “kedanan marang awakku” yang kalo diartiin “tergila-gila pada diriku”. GILA GILAAA NGERI juga masi ada cowo modelan begini nih

Motif disebalik namanya ditulis berulang kali masih belum diketahui tetapi penduduk kampung percaya ianya berpunca dari gadis tersebut yang menolak lamaran cinta seorang lelaki.

Bungkusan kain kapan itu ditanam disebuah kubur seorang penduduk yang baru sahaja meninggal dunia 100 hari.

Seorang waris mengakui dia sangat terkejut dan kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh orang tidak bertanggungjawab. “Kemarin semasa saya ziarah tidak ada apa-apa yang pelik, tetapi harini banyak lalat dan bau yang tidak sedap,” jelasnya.

Siasatan polis masih diteruskan dikawasan itu untuk mencari dalang kegiatan ini.

Beberapa orang saksi juga melaporkan terlihat 4 orang lelaki yang menaiki kenderaan berhenti lama di kawasan perkuburan itu pada 11 malam beberapa hari lalu.


Sumber: TribunNews, Nayyyyyyyyyy

Post a comment

0 Comments