"Anak dok melambai-lambai" - Wanita ini kongsi kisah ‘seram’ semasa di Cameron Highlands!


Gangguan makhluk halus boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dengan izin-Nya. Begitulah kisah yang dialami oleh Khairun Nisa dan Khairul Taufiq apabila mendapati anak mereka seakan-akan sedang ‘bersembang’ dengan sesuatu ‘benda’. Lebih menyeramkan apabila kanak-kanak tersebut sentiasa memandang dan menunjuk-nunjuk ke arah siling hotel.

Menerusi video yang dikongsikan memaparkan mereka sekeluarga sedang membuat ‘food review’ di hotel yang disewanya di Cameron Highland. Pada awalnya pasangan suami isteri ini langsung tidak menyedari anak kecil mereka sedang ‘bersembang’ dengan sesuatu. Difahamkan kejadian itu berlaku selepas mereka sekeluarga pulang dari pasar malam.

Pada hari pertama, selepas kami check in di hotel yang terletak di Brinchang dalam pukul 3.30 petang, kami rehat dulu dan kemudian ke pasar malam Golden Hills dalam pukul 5.30 petang.

‘Anak tunjuk sesuatu’


Menurut Khairun Nisa lagi, sebelum memulakan shoot dia dan suaminya telah membuka pintu balcony. Namun tidak lama selepas itu, dia mula berasa tidak sedap hati dan seperti ada ‘benda’ dari luar pintu sedang memerhati mereka sekeluarga.

Tak lama kemudian masa kami tengah buat food review, tiba-tiba anak kami tunjuk di sudut siling dalam bilik tu pada suami. Saya tak perasan sebab tengah fokus pada makanan. Saya perasan anak saya bersembang dengan ‘benda’ tu masa saya edit video.

Turut kelihatan anak kecil itu sedang memandang ke arah siling sambil menggeleng-ngelengkan kepalanya seperti sedang menolak sesuatu ‘pelawaan’. Tambahnya lagi, kemungkinan ‘benda’ itu mengikut dari pasar malam yang dikunjungi mereka sekeluarga.

Saya tak kata hotel kami menginap ni berhantu sebab cuma malam pertama je anak kami susah nak lelap. Pada malam kedua dan ketiga Alhamdulillah semuanya ok.

Video tersebut..


Post a comment

0 Comments