5 tanda anda mengamalkan ‘Bad Parenting’

 

Apabila seseorang manusia itu melakukan kesilapan, sering kita dengar ibu bapa yang akan dipersalahkan. Ibu bapa  dituduh tidak cukup mendidik. Sebenarnya Donna tidak setuju dengan statement yang digunakan ini. Ia cukup tidak adil bagi ibu bapa yang menjalankan tanggungjawab yang secukupnya.

Kasihan jika ibu bapa yang sudah cukup ajaran dan bersusah payah berkorban dan berusaha mengajar dituduh pula sedemikian. Tambahan pula, jika segala ajaran sudah mencukupi sehingga dewasa, apa lagi yang anak jenis ini tidak bersyukur? Mungkin juga pengaruh dari luar yang salah dicontohi.

Oleh itu sebagai ibu bapa, anda harus mengambil langkah bijak dan menerapkan prinsip hidup yang benar kepada anak-anak. Mari Donna kongsikan 5 tanda anda bad parenting yang anda perlu tahu.

Terlalu Kerap Menegur Anak

Jika anak itu masih lagi kecil, adalah penting juga untuk membiarkan mereka belajar sendiri dalam beberapa perkara. Amalan yang tidak sihat adalah apabila ibu bapa sering menegur anak sehinggakan perkara yang kecil pun dimarahnya anak itu seperti ia satu kesilapan yang besar. Tak pasal pula nanti anak itu menjadi rebellious!

Marah & Hukum Anak Depan Orang

Lagi satu langkah yang tidak sesuai adalah apabila anda menghukum anak di hadapan ramai orang. Tidak kiralah depan rakan atau sedara mara. Elakkan memalukan anak jika tidak mahu anak itu berdendam. Sebaliknya, pergilah ke tempat yang tidak mempunyai orang ramai dan tegurlah secara berduaan. Fahamkan mengapa anak itu tidak patut bertindak sedemikian. Jika orang dewasa pun tak boleh terima, inikan pula anak kecil terpaksa menerima malu sebegitu rupa. Memang tidak belajarlah dia!

Hanya Nasihat. Sokongannya Mana?

Yang ini juga penting untuk anak belajar berubah kepada menjadi lebih baik. Jika hanya tahu memberi nasihat, lama-lama naik bosan anak itu. Berilah sokongan yang sepatutnya dalam menjadikan nasihat itu realiti. Jangan pula pelik jika anak itu diberi nasihat masuk telinga kanak keluar telinga kiri!

Ego Untuk Menunjukkan ‘Affection’

Tahukah anda, kesan menunjukkan kasih sayang dan bermanja ini adalah sangat penting? Punca asal mereka berkeras hati adalah kerana kekurangan kasih sayang! Jika dikaji latar belakang ramai penjenayah adalah berpunca daripada kasih sayang yang tidak diberikan dari keluarga.

Kritik,kritik,kritik !

Ini lagi satu kesilapan yang sering dilakukan oleh para ibu bapa. Instead of melihat usaha yang telah dilakukan oleh anak, ibu bapa bertindak mengkritik pula. Jika ia memberikan kritikan yang membina, tidak mengapa. Ini tidak, sudahlah dikritiknya anak itu,malah menjatuhkan pula semangatnya. Biarkan anak melakukan perkara yang diminatinya, jangan sebab tak ikut tekak sendiri anda bertindak demotivate pula! Sebaliknya, sokong dan jika mahu mencadangkan sesuatu yang lain, pastikan anak itu faham dahulu mengapa!

Sumber : donna

Post a comment

0 Comments