Wanita kantoi ‘Show Off’ balik kampung guna ‘kable’

 

Manusia ini kadang-kadang suka berbuat sesuatu perkara tanpa berfikir dahulu, bila kena kecam tahu pula nak marah dan melenting tapi tidak sedar, diri sendiri yang jadi punca.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak membenarkan mana-mana individu atau pihak untuk melakukan perjalanan rentas negeri. Terutama kepada yang ingin pulang menyambut Aidilfitri di kampung.

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian Facebook Kelantan, seorang individu dipercayai menyalah guna kebenaran rentas negeri. Oleh sebab itu, netizen tidak berpuas hati dengan kelebihan yang diperoleh individu tersebut dan berharap kes ini akan disiasat.

Kabel kemas keming


Menurut perkongsian individu itu, dia sudah mendapat pengesahanuntuk merentas negeri. Selain itu, dia turut berbangga kerana mempunyai kebenaran untuk merentas negeri. Di akhir status tersebut, dia sempat berpesan kepada orang ramai agar tidak iri hati dengan kelebihan yang diterima.

Beri borang kebenaran


Walhal, sebenarnya menerusi maklum balas pihak polis Dungun menerusi Facebook, gadis itu tiada pun dapat apa-apa keistimewaan.

Sebab kes taska kena pecah masuk

Sebaliknya, gadis itu dibenarkan pulang kerana taska miliknya dipercayai ada kes pecah masuk, bukanlah sebab guna ‘kabel’ seperti yang dikatakan.


Netizen bengang





Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan penyalahgunaan kebenaran rentas negeri yang diperoleh individu tersebut. Netizen harap agar pihak berkuasa menyiasat isu ini.

Itulah, lain kali jangan bangga sangat, tak pasal-pasal dah viral.

Sumber : Facebook & Balai Polis Dungun

Post a comment

0 Comments