Taman tema Wuhan dibuka, pengunjung sanggup beratur panjang untuk masuk!

 

 Umum menyedari semenjak Wuhan selesai melalui perintah berkurung, ada sahaja berita yang tidak menyenangkan telah sampai di telinga kita.

Siapa sangka Wuhan yang merupakan lokasi pertama COVID-19 ini dikesan, boleh menunjukkan tindakan berani melakukan perhimpunan beramai-ramai kepada kita.

Kali ini, penduduk di kawasan itu sekali lagi telah mencetus kebimbangan ramai, apabila sebuah taman tema di sana dikatakan telah mula beroperasi dan kini sedang dipenuhi dengan ribuan pengunjung.

Seramai 3,000 pengunjung telah mula beratur untuk masuk ke taman tema tersebut semalam.


Berkenaan perkara ini, pemerintah negara China telah tampil  menjelaskan bahawa kehidupan di sana akan kembali seperti biasa secara perlahan memandangkan pelbagai langkah telah pun dilakukan untuk memerangi wabak ini.

Hal ini kerana, sebanyak 5.5 juta penduduk  iaitu separuh populasi Wuhan kini telah diuji virus tersebut dan hanya 15 kes sahaja di kesan.

Setiap ujian dikatakan hanya mengambil masa kira-kira tiga minit dan ianya  percuma untuk orang ramai terutamanya golongan orang tua dan kanak-kanak. Pegawai Wuhan percaya bahawa swab test adalah satu-satunya cara untuk memastikan pembukaan semula sekolah dan perniagaan dengan selamat.

Walaubagaimanapun, mereka tetap berhati-hati untuk mengelak dari berlakunya gelombang kedua.

Difahamkan, pengunjung yang ingin ke sana perlu membuat tempahan awal terlebih dahulu dan segala pemeriksaan suhu badan mereka akan turut diperiksa sebelum dibenarkan masuk.

Bukan itu sahaja malah, taman tema itu juga telah dibuka dengan syarat sebanyak 20% daripada semua kapasiti sahaja yang dibenarkan beroperasi buat masa ini.

Post a comment

0 Comments