Rumah Sewa Berhantu

Gambar Hiasan

Assalam, tq admin dan pembaca semua sebab sudi post cerita saya dan baca cerita saya. Cerita ni tak pasti seram atau tidak tapi bagi saya ia bagai satu pengalaman dan pengajaran. Selamat Membaca ye.

Okay, dimulakan cerita dengan saya, kakak saya (A) dan kawan saya (B) pindah rumah teres 1 tngkat di Melaka. Rumah ni kami dapat secara tak sengaja masa jenguk rumah lain di taman yg sma. Rumah kami yg lama duduk berasingan ye. Di rumah baru ni ad 3 bilik 2 bilik air. Setiap sorang dapat satu bilik lar.

So, lepas deal dengan tuan rumah siap bayar deposit bagai dengan dapat kunci rumah. B pindah barang slow2 sebab time tu dah hujung sem dan exam lagi seminggu. Saya dan A tangguh pindah lepas exam dengan angkut satu lori terus dan stay 1 mnggu sebelum balik.

Nak dijadikan cerita, saya dan A setel pindah masuk dan kemas apa yang patut. Esoknya kami cadang balik.

Masa tengok rumah dulu tak rasa apa2 tapi since dah pindah ni, rasa macm something dalam toilet. Korang boleh cuba bayang toilet dan bilik mandi pisah dua. Tapi kat ats tu terbuka, maknanya boleh saling dengar lar antara toilet dan bilik mandi. Semenjak masuk rumah ni, saya asyik dapat bayangan yang kat atas toilet tempat pembahagi tu macam something bertenggek jer. Rambut mengerbang hitam dan huduh.

Ingatkan perasaan jer so buat bodoh lar tapi malam tu tengah basuh muka kat singki bilik mandi, tetiba macam ada something lalu laju kat belakang dari bahu kanan ke kiri. Then saya pandang kiri. Dari ekor mata nampak lembaga hitam laju hilang ke dinding.Tapi dalam waktu sama telinga kiri rasa kene tiup kuat sampai bleh rasa angin ke dalam telinga. Waktu tu dah cuak. Cuba pusing kepala dua tiga kali tapi tak sama angin yg pusing dgn angin tiup. Terus saya keluar dari toilet cari A. A tanya kenapa tapi saya diamkan jer dan just mintak dia teman. Malam tu tidur bilik A.

Esoknya, saya dan A balik rumah family dan kebetulan family ada bawak mak berubat secara islam sebab mak kene gangguan saka dan dalam proses buang. Kebetulan kat situ saya terus tanya ustaz tu. Ustaz tu check ntah camne, dia bagitahu yang kat kawasan rumah tu waktu dulu ada orang bela Hantu Raya untuk kerja dan buat pedinding diri tapi masa m**i tak buang secara betul dan benda tu berkeliaran sampai sekarang kat tanah tu tanpa tuan.

Ustaz tu cakap, dia dah pagar dari jauh dan pesan jikalau ada binatang atau benda lain datang mintak makanan atau sesuatu, Jangan bagi langsung sebab kalau bagi maknanya kita ambil dia dan sudi jadi tuan dia. Diri ni dah cukup cuak lepas dengar tapi berharap lepas balik sem ni x de pape lar yg terjadi.

So, lepas balik dari jumpa ustaz. A cerita yang sebenarnya sebelum saya kena malam tu, dia kene dulu masa magrib. Waktu tu dia “membuang” dalam masa yang sama dia ada nampak belah sisi telinga dia ada rambut panjang (macam Ju-on punya rambut dari siling tu). Tapi dia senyapkan sebab tau saya ni jenis lemah semangat. Jadi, bila relate balik sume mmng betul lar “bayangan” yang saya dapat before this.

Untuk makluman, A punya hijab terbuka semasa kemalangan waktu kecik(Nnti cerita kalau ada masa) dan saya punya hanya lar diberi kelebihan merasa benda tu ada je.

Okay lar, sampai sini jer cerita saya, sekarang tengah cuti sem lagi. Nanti kalau ad lagi gangguan masa balik nanti saya story mory lagi ye. Kalau tak seram maaf ye. Terima Kasih semua.

-DeathWinter-

Sumber : fiksyenshasha

Post a comment

0 Comments