Remaja 14 tahun derita ‘SLE’, perlu makan ubat seumur hidup

 
 Anda pernah dengar nama penyakit SLE?

SLE atau nama penuhnya Sistemik Lupus Eritematosus adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri.

Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam.


Difahamkan, adiknya, Irene Sophia yang baru berusia 14 tahun sudah menghidapi penyakit SLE sejak lima bulan lalu, namun pada Isnin lepas, keadaannya dilaporkan semakin kritikal.

Menerusi laman Twitter, gadis yang menggunakan nama @ofcourseivy itu memuat naik dua gambar adiknya yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital selepas keadaan semakin kritikal sejak Isnin lalu.


“Doakan adik i guys, dah lima bulan dia kena SLE tapi baru Isnin lepas keadaan makin kritikal. Tadi pembedahan ambil kulit bawa betis untuk ujian seterusnya,” tulisnya.

Tambah @ofcourseivyy, adiknya yang berusia 14 tahun itu terpaksa menanggung kesakitan dan perlu mengambil ubat-ubatan seumur hidup bagi mengawal simptomnya.




Posting berkenaan menerima 33,500 tanda suka dan diulang kicau lebih 17,000 kali serta komen warganet yang memberi sokongan kepada remaja itu selain berkongsi pengalaman masing-masing.

Kawan i pun pejuang SLE






Semoga Irene Sophia kembali sembuh semula seperti sediakala.

Sama-samalah kita doakan.

Sumber : Twitter , LUPUS

Post a comment

0 Comments