Pekerja keselamatan positif Covid-19, MyTOWN KL ditutup sehari

 

Pusat membeli-belah MyTOWN ditutup sehari pada hari ini (3 Mei 2020) berikutan seorang pekerja keselamatannya yang disahkan positif jangkitan Covid-19.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman facebook rasmi MyTOWN Shopping Centre, mereka telah bekerjasama dengan pegawai kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengesan pekerja tersebut.

Mangsa dikatakan mempunyai kontak rapat dengan pekerja keselamatan yang dibekalkan daripada syarikat luar di mana merupakan mangsa pertama yang dijangkiti.

”Berikutan pengumuman sebelum ini mengenai pekerja daripada vendor keselamatan luar kami yang disahkan positif Covid-19, kami telah bekerjasama dengan pegawai kesihatan untuk mengenal pasti dan menguji individu yang berhubung rapat dengan individu tersebut.

”Malangnya. salah seorang pegawai keselamatan kami turut disahkan dijangkiti dan kini sedang menerima rawatan mengikut prosedur.” menurut kenyataan tersebut.

Jelas MyTown, pusat membeli-belah itu akan ditutup selama satu hari untuk melakukan kerja pembersihan dan sanitasi di seluruh kawasan.

”Dengan mematuhi arahan pihak berkuasa, pusat ini akan melakukan pembersihan dan sanitasi di kawasan umum dan fasiliti bangunan.

”Oleh iyu MyTOWN KL akan ditutup selama satu hari pada 3 Mei 2020. Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa, rakan kongsi dan pembekal perkhidmatan bagi memastikan myTOWN KL adalah tempat yang selamat untuk dikunjungi oleh semua orang,” kata kenyataan tersebut.

Sumber: MyTOWN Shopping Centre

Post a comment

0 Comments