Kenapa ada banyak kereta Proton dalam filem Extraction?

 

Jika anda menonton filem Extraction di Netflix, anda mungkin akan perasan kewujudan banyak kereta Proton. Antara model Proton yang dapat dikesan dalam filem yang dibintangi oleh Chris Hemsworth itu adalah Proton Satria Neo, Savvy dan Saga FL.

Menurut laporan SoyaCincau, pengarah filem Extraction, Sam Hargrave memasukkan banyak kereta Proton dalam filem tersebut untuk menggambarkan realiti sebenar di Bangladesh. Sebagai rekod, plot filem ini berkisar di sekitar India dan Bangladesh.

Jadi bagi memastikan adegan-adegan di jalanraya di sekitar bandaraya Dhaka itu nampak seperti keadaan sebenar, kami memastikan kereta Proton kelihatan.

Syarikat PHP Automobiles yang terletak di Bangladesh merupakan syarikat yang membuat pemasangan lima model Proton iaitu Saga, Preve, Exora, Geely X70 dan Persona. Jadi sebab itulah kenderaan ini banyak kelihatan di Dhaka.



Pihak polis di Dhaka juga ada yang menggunakan kenderaan jenama Proton.

Filem Extraction mengisahkan Tyler, seorang askar upahan yang diupah untuk menyelamatkan anak pengedar dadah terbesar iaitu Ovi yang dibintangi oleh Chris Hemsworth. Sam Hargrave terkenal sebagai koordinator aksi untuk beberapa filem di Marvel Cinematic Universe (MCU), dan filem ini merupakan filem sulungnya.

Penggambaran filem Extraction dilakukan di tiga buah negara iaitu Bangladesh, India dan Thailand.


Filem ini menjadi filem nombor satu paling banyak ditonton di Netflix Malaysia sepanjang April 2020. Bukan sahaja di Malaysia, malah ia turut menjadi antara filem yang paling banyak ditonton di Netflix seluruh dunia.

Sumber : soyacincau

Post a comment

0 Comments