Dibenarkan pulang sebelum Ramadan, Ashraf Muslim minta tinggal lebih lama di wad untuk fokus ibadah

 
Ashraf Muslim telah dimasukkan ke Pusat Kawalan Kusta Negara, Sungai Buloh setelah disahkan positif COVID-19 pada 12 April yang lalu. Dia dipercayai dijangkiti wabak berkenaan setelah pulang dari Scotland selepas menjalani penggambaran di sana.

Perkembangan terbaru mengenai pelakon lelaki ini, Ashraf Muslim akhirnya berkongsi berita gembira bahawa dia dibenarkan pulang semalam,  setelah hampir sebulan menetap di wad 31.

“Pengakhiran di wad 31…”

Ashraf Muslim menulis nukilan terakhirnya untuk penghuni wad 31 dan suasana yang bakal dirindui olehnya. Sesungguhnya, dia berasa sayu untuk meninggalkan wad berkenaan kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakan sepejuangan yang sudah dianggap sebagai ahli keluarganya sendiri.


Ashraf Muslim juga turut mendedahkan bahawa, dia sebenarnya sudah disahkan negetif COVID-19 pada sehari sebelum ramadan lagi. Namun dia memilih untuk tinggal di wad 31 dan berkuarantin diri di sana.

“Banyak cerita, banyak pengalaman, banyak perkongsian dilakukan bersama dimana pesakit2 semuanya dtg dr pelbagai kaum, agama dan latarbelakang tapi hanya satu sahaja yg kami inginkan iaitu ‘ketenangan’”. Coretan Ashraf Muslim


View this post on Instagram
Assalamualaikum. Masanya sudah tiba.. berat hati ini utk meninggalkan sahabat-sahabatku di wad ini. Mereka telah ku anggap sbg keluargaku.. Allahuakbar.. tak boleh nak terjemahkan perasaan ini... 3 hari sblum balik mmg sayu utk tinggalkan wad. Saya mohon maaf kepada pakcik, abang2 dan adik2 warga Wad 31 dan rakan2 Dr dan nurse yg menjaga saya dan rakan2 saya disini dan juga berterima kasih kerana terima saya dan rakan-rakan saya seadanya. Tak lupa juga kepada mereka yg menyumbang makanan dan minuman kepada kami disini. Semoga Allah murahkan rezeki kalian semua. Banyak cerita, banyak pengalaman, banyak perkongsian dilakukan bersama dimana pesakit2 semuanya dtg dr pelbagai kaum, agama dan latarbelakang tapi hanya satu sahaja yg kami inginkan iaitu ‘ketenangan’. Jangan risau sahabat..Allah kan ada, dia selalu bersama-sama kita. Mengadulah pada dia.. InsyaAllah Allah akan bantu. Oh ya.. Saya sekali lagi ingin meminta maaf kepada kawan-kawan semua termasuk rakan2 artis dan wartawan yg ada bertanyakan bila saya boleh keluar dr wad. Tapi saya sentiasa mengelak utk menjawabnya. Sebenarnya.. saya sudah lama negatif pada sehari sebelum ramadan dan saya memilih tinggal di wad31 utk kuarantin kan diri di wad. Byk sebab keputusan ini dibuat dan yang paling penting ialah saya dapat mengerjakan solat berjemaah pada bulan ramadan dan ibadah yg dapat buat bersama-sama dgn pesakit. Ini adalah terapi hati saya untuk lebih tenang. Maafkan saya kalian dgn tindakan saya itu. Akhir kata.. Sama-sama kita doakan semoga pesakit-pesakit Covid19 cepat pulih dan dapat berjumpa dgn ahli keluarga dan penyakit ini hilang dari muka bumi ini.. InsyaAllah. Terima kasih Allah kerana memilihku sbg pesakit covid19. Syukur kepadamu ku merasa nikmatnya. Geng wad 31 @ammarmatbah99 @abu.t_jayb @him_aziz @zafar_alfath @bi_pop @alongaiman25 @zul_helmi.32 #covidsurvivor
A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on


Post a comment

0 Comments