Brunei guna gelang canggih pantau individu yang dikuarantin

 

Bagi mengesan pergerakan individu yang perlu dikuarantin, Kementerian Kesihatan Brunei memperkenalkan satu kaedah baru yang dinamakan iMSafe iaitu pemasangan gelang tangan khas.

Menerusi laporan Pelita Brunei yang diterbitkan oleh Jabatan Penerangan, gelang tangan tersebut mempunyai sistem pemantauan ‘IOT real-time monitoring and tracking’ bagi memantau pergerakan dan lokasi pemakai.

Berbeza dengan gelang seperti memasuki taman tema, iMSafe mengandungi Bluetooth ‘chip locator’ dan Kod QR khas bagi setiap gelang tangan dimana akan diaktifkan setelah pemakai tiba di lokasi tempat tinggal atau kuarantin.

Memetik laporan Media Permata pula, gelang tersebut akan mengeluarkan isyarat amaran kepada pihak Kementerian Kesihatan dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) sekiranya pemakai keluar dari lokasi kuarantin.



Pemakai juga perlu mengaktifkan fungsi ‘bluetooth’ pada telefon pintar mereka setiap masa. Gelang berkenaan akan ditanggalkan setelah tamat tempoh kuarantin.

Sistem itu turut mempunyai beberapa ciri seperti ‘dashboard’ yang mempamerkan senarai nama dan lokasi mereka yang dikuarantin, laporan serta status pengguna gelang tangan selain sistem amaran.


Sumber : Pelita Brunei , Media Permata

Post a comment

0 Comments