Tiada bantuan! Pelakon veteran bertongkat kutip besi buruk untuk sara hidup

 

Sejak kebelakangan ini, ramai individu tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang tidak mempunyai sumber pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terbaru, bekas pelakon era 1980-an iaitu Ali Ringgo hanya mengais rezeki dengan mencari barangan lusuh dan besi buruk untuk menyara kehidupan.

Perkara tersebut dikongsi seorang pengguna Facebook, Azly Izwan Azman dengan memuat naik gambar bersama pelakon yang pernah membintangi filem Azura itu sehingga meraih 1,500 perkongsian.

Siapa berhajat ingin bantu, boleh PM

“Pakcik Ali ni tinggal kawasan Sungai Pinang, Klang. Tapi sekarang ni tengah PKP kedai besi buruk tak beroperasi. Jadi bergantung pada bantuan zakat katanya.

 “Beliau dikategorikan OKU masalah pendengaran dan sekarang bertongkat selepas terbabit kemalangan,” tulisnya.
Posting berkenaan mendapat 1,200 tanda suka serta pelbagai komen netizen yang rata-rata berharap supaya Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tampil meringankan beban warga emas berusia 68 tahun itu.

Assalamualaikum sahabat dan Kenalan fb. Saya bersama pak cik Ali Ringgo bekas pelakon lama. Otai2 atau orang tua kita...
Posted by Azly Izwan Azman on Thursday, 2 April 2020

Post a comment

0 Comments