Polis tidak halang Ebit Lew sampaikan sumbangan semasa PKP - Datuk Huzir Mohamed

 

 POLIS memanggil pendakwah terkenal, Ebit Lew berikutan menerima reaksi daripada orang ramai berkenaan tindakannya memaparkan aktiviti kebajikan dilakukan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, berdasarkan pemerhatian orang ramai memberi respon positif dan ada terdapat tidak senang dengan aktiviti berkenaan.

"Kontroversi tercetus mengenai perkara ini memaksa polis untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan kekal terpelihara.

"Ustaz Ebit Lew sememangnya diberi kebenaran oleh polis untuk menyampaikan sumbangan kebajikan kepada mereka yang terkesan sepanjang tempoh PKP ini," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Huzir berkata, polis tidak tidak pernah menghalang beliau untuk berbuat demikian selagi mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia. (KKM).

"Setakat ini tiada kertas siasatan dibuka ke atas beliau. Polis ingin menegaskan tiada sesiapa yang boleh dikecualikan daripada tindakan undang-undang ke atas sebarang pelanggaran berkaitan PKP.

"Dalam melaksanakan sebarang aktiviti orang ramai dinasihatkan mengamalkan penjarakan sosial, penggunaan topeng muka dan hidung serta menggunakan pencuci tangan," katanya.

polis juga sedia maklum keluhan Ebit apabila beliau terpaksa menghentikan memberi bantuan setelah dipanggil oleh Cawangan Khas Bukit Aman semalam.

Sumber : hmetro

Post a comment

0 Comments