Perjuangan Ustaz Ebit mulia, Allah sahaja yang mampu membalasnya - Najib Razak

 

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut terkesan dengan luahan Ebit Lew berharap pendakwah bebas itu akan meneruskan aktiviti amalnya.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu perjuangan dah hati Ebit sungguh mulia kerana membantu golongan susah yang memerlukan pertolongan.

Najib berkata, apa yang dilakukan oleh pendakwah keturunan Cina itu hanya mampu dibalas oleh Allah.

“Semoga semua urusan dipermudahkan. Mulia perjuangan dan hati Ustaz membantu mereka yang memerlukan.

“Moga suatu hari nanti Ustaz dapat meneruskan aktiviti amal ini. Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya,” kata Najib.


Pendakwah yang kerap menolong golongan fakir dan miskin itu hari ini disoal siasat oleh Cawangan Khas Bukit Aman berkaitan kes tular beliau membantu keluarga daif di Alor Setar.

Ebit berkata, beliau dihubungi Cawangan Khas Bukit Aman sejak malam tadi kerana terdapat aduan mengenai bantuan yang disalurkan kepada keluarga tersebut.

Jelas Ebit, atas nasihat yang diberikan beliau akan berhenti menghulur bantuan secara langsung kepada golongan yang memerlukan.

Sebaliknya, beliau akan memberikan bantuan dari segi wang tunai kepada mereka yang memerlukan melalui pemindahan wang melalui bank. 


Sumber : Najib Razak

Post a comment

0 Comments