Order Mask 3ply, tapi dapat Mask "made in" beg kenduri dan tisu..

 

Permintaan terhadap topeng muka semakin meningkat selepas berlakunya wabak Covid-19 ini. Kesannya, muncul penjual-penjual yang tidak bertanggungjawab meletakkan harga yang tidak masuk akal, tidak kurang juga mereka yang menipu pembeli selepas berlakunya proses pembayaran.

Terbaru, seorang pengguna Twitter @NurNazuwa berkongsikan kisah rakannya yang ditipu oleh penjual topeng muka.

"Kawan aku order mask dari bangang ni dapat beg kenduri dia letak tisu weii"

Menurutnya, gambar yang ditunjuk oleh penjual semasa sesi perbualan di aplikasi Whatsapp adalah berbeza dengan apa yang diterimanya. Dia turut berkongsikan rekod perbualan bersama penjual sebagai bukti bahawa penjual tersebut telah menipu.

"4ply kepala hotak hang macam tu. Tu kain beg kenduri saja. Lepastu letak tissue"



Sudah makin mengarut orang yang nak scam ni..

kredit : NurNazuwa

Post a comment

0 Comments