Makin diboikot netizen, Amyza Aznan anggap semua yang berlaku satu fitnah

 

Makin bertambah hangat nampaknya perang dingin antara golongan artis dan para netizen, selepas Zarina Anjoulie mendedahkan nama beberapa orang artis yang terpalit dalam isu ini.

Antara terkena tempias adalah pelakon Amyza Aznan, yang sekarang ini sedang berhadapan dengan kecaman dan cacian netizen selepas meseg perbualannya bersama rakan-rakan artis yang lain didedahkan.
Fitnah anda telah berjaya

Bagaimana pun, Amyzaa menerusi muat naik di Instagramnya sedar akan kini ramai dalam kalangan sedang melancarkan boikot terhadap beberapa artis termasuk dirinya.


Menerusi kapsyennya, Amyza menyifatkan segala yang berlaku ini adalah sebahagian daripada perancangan jahat dan tidak lebih daripada fitnah semata-mata.

“Anda berjaya membuat orang percaya dengan plan jahat anda, takpe..kalau rasa dengan fitnah yang sangat jahat ini boleh buat anda seronok, bangga, teruskan!!…”

Begitulah maklum balas daripada pelakon tersebut, diharapkan perseteruan antara artis dan netizen ini segera reda.

Sumber : Amyza Aznan

Post a comment

0 Comments